in

Tular Video Tidak Senonoh Dalam Kereta, Masjid Qaryah Paroi Jaya Nafi Imam Terlibat

lelaki video tidak senonoh dalam kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jawatankuasa Masjid Qaryah Paroi Jaya menafikan imam masjid mereka terlibat dalam satu video yang tersebar memaparkan dua lelaki melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah kereta.

Video berdurasi 42 saat itu menunjukkan seorang individu menyergah dua lelaki yang berada di tempat duduk hadapan dalam sebuah kereta selepas melihat mereka melakukan perkara mengaibkan.


Mereka yang terkejut dilihat menutup muka masing-masing sebelum mengundurkan kenderaan lalu beredar dari kawasan parkir.

Namun, pada video itu terdapat kenyataan berbunyi “seorang lelaki dipercayai Imam Masjid Paroi Jaya N9. Tengok video apa yang dia buat…laporan polis dibuat oleh jabatan agama Islam”.

Screenshot 2025 11 20 110144 Screenshot 2025 11 20 110232

Artikel berkaitan: Pendakwah Wanita Buat Gurauan L*cah Dengan Budak Lelaki Dikecam

Artikel berkaitan: Lelaki Dirakam Berkelakuan L*cah Dalam Kereta Pada Wanita Ditahan Polis

Ekoran video terbabit, Setiausaha Masjid Qaryah Paroi Jaya, Muhammad Faiz Abdul Rahim menafikan dakwaan terbabit yang bukan sahaja memfitnah, tetapi turut menjejaskan institusi masjid dan agama.

“Saya mendapat satu video daripada seorang kenalan dengan dakwaan Imam Masjid Paroi Jaya adalah lelaki yang berada di dalam kereta itu.

“Kami segera melakukan siasatan di peringkat jawatankuasa dan jemaah.

“Selepas meneliti kami mendapati imam masjid kami tidak terbabit. Malah, jenis kenderaan dan nombor pendaftarannya seperti yang terpapar pada video juga tidak dikenali,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya akan membuat laporan polis untuk membersihan nama masjid serta menggesa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyemak individu yang bertanggungjawab menyebar video berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd Asri Abdullah berkata, pihaknya belum menerima laporan mengenai perkara itu, namun difahamkan ia kini dalam siasatan polis.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.