in

Tular Video Pertandingan Peragaan ‘That’s My King Tomboy’ Di Taiwan

Pertandingan Peragaan Tomboy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan pertandingan peragaan iaitu ‘That’s My King Tomboy’ yang didakwa diadakan di Taiwan.


Video yang tular di Twitter itu menunjukkan beberapa golongan tomboy iaitu perempuan berimej maskulin menggayakan pakaian sut dengan lengkap bertali leher seperti lelaki. Fuh! 

“Buatlah macam mana pun, kalau dah perempuan azali…” 

Walau bagaimanapun, video berkenaan telah mendapat kecaman daripada netizen kerana ramai menganggap tingkah laku golongan tersebut sebagai tidak sesuai dengan adat, budaya dan agama di Malaysia.

Tambah netizen lagi, meskipun pemakaian mereka menunjukkan imej lelaki, gaya berjalan dan tingkah laku golongan tomboy tersebut ketika membuat peragaan tetap kelihatan seperti gender azali mereka iaitu seorang wanita.

Gaya Jalan Tomboi

Dalam pada itu, tiada info lanjut mengenai tarikh dan tempat sebenar majlis tersebut diadakan serta siapakah pemenang bagi pertandingan tersebut.

Sungguhpun ia mendapat kecaman ramai, diharapkan para netizen berpada-pada dalam memberi sebarang komen. Sebaiknya kita doakanlah yang terbaik buat mereka semua supaya kembali ke pangkal jalan. 

Baca: Sihir, Bomoh, Pengkid & Lahir Anak Luar Nikah Diwartakan Jenayah Syariah Baharu di Terengganu

Sihir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.