Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan pelajar lelaki didakwa melakukan kekerasan fizikal terhadap seorang individu.
Dalam rakaman yang dikongsikan itu, jelas memaparkan lima pelajar sekolah bertindak memegang kaki dan tangan seorang pelajar lain sebelum menghayunkan tubuh mangsa hingga bahagian kelangkangnya terhentak pada tiang papan tanda.
Lebih mengejutkan, kelihatan beberapa lagi pelajar yang berada berhampiran kejadian hanya menjadi penonton dan ketawa tanpa cuba menghalang perbuatan itu.
Difahamkan, kejadian yang dipercayai insiden buli itu membabitkan pelajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: “Kalau betul jatuh mestilah patah riuk tapi…” – Pelajar Tingkatan 3 Kritikal, Ibu Syak Anak Dibuli Di Asrama
Artikel berkaitan: “Tengok lengan pun dah cuak” – Asyraf Wajdi Kongsi Gambar Warden Bekas Tentera Bertugas Di MRSM
KBS gesa siasatan penuh
Susulan itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan menjelaskan pihaknya memandang serius kejadian buli tersebut.
“KBS memandang serius perbuatan ini kerana ia menyentuh isu keselamatan, maruah dan disiplin yang menjadi asas kepada semua Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).
“Buli bukan sekadar salah laku individu tetapi ancaman kepada budaya pembelajaran yang sihat dan selamat,” katanya.
Hasil siasatan awal mendapati kejadian berkenaan berlaku pada 19 September lalu kira-kira jam 4.30 petang.
Pihak IKBN Miri hanya menerima laporan berhubung insiden tersebut menerusi media sosial pada 22 September tersebut dan terus mengambil tindakan segera bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pihaknya turut menegaskan tindakan disiplin akan dilakukan termasuk menggantung dan membuang pelajar yang terbabit dengan buli.
Sementara itu, Timbalan Menteri KBS, Adam Adli memaklumkan pelaku telah dikenal pasti dan pihak berkuasa sudah menjalankan siasatan.
Sumber: X