Pada pertengahan bulan Disember ini, pameran pelukis terkenal, Van Gogh akan diadakan di Pavilion Bukit Jalil. Pameran multimedia yang diberi nama Van Gogh Alive ini difahamkan akan memaparkan lukisan Van Gogh dari lantai ke siling lokasi pameran tersebut.
Antara lukisan terkenal yang bakal ditampilkan adalah The Starry Night dan Sunflowers. Pameran ini akan dibuka kepada orang ramai pada 17 Disember tahun ini sehingga 16 Mac 2023.
Ramai kata tak berbaloi?
Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial berkenaan perkongsian seorang individu tentang pameran Van Gogh yang dilawatinya.
Menerusi video berdurasi selama 8 saat itu, individu tersebut menunjukkan rasa kecewa mereka apabila mengetahui pameran tersebut hanyalah sekadar lukisan Van Gogh yang dipaparkan di dinding. Turut kelihatan beberapa pengunjung lain yang duduk di bangku sambil memandang dinding.
Sambung indvidu itu, dia telah membayar tiket sebanyak $55 USD dan merasakan harga itu tidak berbaloi dengan pengalaman yang diberikan memandangkan mereka hanya boleh melihat lukisan yang dipancarkan ke dinding.
@brettrigg Van Gogh Immersion was a total immersion rip off. #vangogh #ripoff #vangoghexhibition #expensive #funny #goofy
@brettrigg My wife got totally immersed in Van Gogh. #vangogh #exhibit #goofy #immersion
Reaksi warganet
Video tersebut ternyata mendapat perhatian ramai warganet Malaysia yang mahu berkunjung ke pameran Van Gogh di Bukit Jalil kelak.
Rata-ratanya berpendapat pameran ini akan kelihatan tidak berbaloi buat mereka yang tidak memahami seni Van Gogh.
“Jika anda seorang yang meminati seni, pameran ini berbaloi. Tapi jika anda pergi untuk buat video TikTok, baik jangan pergi”, tulis seorang individu berkenaan pameran ini.
Bagaimanapun, hasil tinjauan di media sosial mendapati pameran Van Gogh ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan memandangkan ramai yang sudah membeli tiket meskipun baru diumumkan beberapa hari lalu.
Siapa nak pergi pameran ni? Jom!
BACA: [VIDEO] Ibu Meremang Tengok Lukisan Anak, Ada Kaitan Dengan ‘Mental Health’ Ke?