in

Tular Video Kereta 4X4 Potong ‘Double Line’, Polis Kini Sedang Mengesan Pemandu Yang Terlibat

Page

Bagi korang yang dah ambil lesen kereta, tak kisahlah manual ataupun auto, mesti korang dah sedia maklum yang pemandu tak boleh memotong garisan berkembar atau ‘double line’ di jalan raya kan?

Baru-baru ni, tular di media sosial apabila pemandu kereta pacuan empat roda atau 4X4 yang bertindak memotong ‘double line’ semasa memandu di Jalan Janda Baik, Bentong, Pahang sehingga mengundang kemarahan netizen yang lain.

Korang boleh tengok video asal kat sini.

New

Apa yang menjadikan orang ramai lebih marah adalah apabila pemandu ini bertindak memotong semasa jalan masih sesak dan kereta dari jalan bertentangan bergerak laju sebelum memberhentikan kenderaan akibat terkejut.

Perkongsian rakaman dashcam itu telah mendapat lebih dari 11K retweet dan 12K likes di Twitter kerana rata-rata warganet turut meluahkan rasa marah mereka dengan menyifatkan tindakan pemandu itu sebagai pentingkan diri.

Komen Full

“Polis tengah kesan pemandu sekarang”

Ekoran itu, pihak polis Daerah Bentong telah mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan isu tersebut dengan mengatakan bahawa siasatan awal telah dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Ibu Pejabat Daerah Bentong.

Fwgq4Msamaelbtu

Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Bentong iaitu Supritendan Zaiham Mohd Kahar berkata bahawa pihaknya masih dalam proses mengesan pemandu kereta 4X4 itu dan akan memanggil dirinya untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan isu yang berlaku.

“Kalau didapati bersalah, pemandu akan dikenakan saman atas kesalaha memotong di kawasan garisan berkembar di bawah Kaedah-kaedah Lalulintas 167/59 iaitu RULE 12(3)(A) yang boleh dikenakan tak melebihi RM 2,000 atau dipenjara tak melebihi enam bulan.”

Supritendan Zaiham Mohd Kahar turut memohon kerjasama dari mana-mana pihak yang terlibat dengan kejadian itu untuk tampil berikan maklumat yang lebih jelas selain meminta agar pengguna jalan raya untuk sentiasa memandu dengan berhati-hati dan berhemah.

Korang kalau drive, jangan selfish okay? Bahaya!

Baca: “Biadap!” – [VIDEO] Bengang Kena Saman, Lelaki Langgar Kereta JPJ Guna Jengkaut

Terbalikkan Kereta Jpj Guna Jengkaut