in

Tular Rakaman 5 Kenderaan ‘Tenggelam’ Di Seri Kembangan Akibat Tanah Mendap

Page 16

Baru-baru ini tular satu rakaman video di laman Twitter melihatkan beberapa buah kenderaan ‘tenggelam’ akibat fenomena tanah mendap yang berlaku di kawasan Seri Kembangan.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku petang semalam apabila Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai tiba-tiba runtuh, sekaligus mengakibatkan lima kenderaan yang diletakkan di tepi jalan tersebut rosak.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, kejadian ini dikatakan masih lagi dalam pemantauan pihak bomba pada hari ini.

Selepas menerima panggilan pada jam 6.38 petang semalam, seramai enam orang anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba Serdang bergegas turun ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, kita mendapati berlaku mendapan berhampiran longkang sehingga mengakibatkan lima kenderaan pelbagai jenis mengalami kerosakan.”

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan oleh pihak bomba dalam kejadian tersebut.

Memetik dari Sinar Harian, saksi yang berada di situ mendakwa kejadian itu berlaku dalam tempoh yang sangat pantas. Kata Alter Jasan, 48, hujan lebat mengakibatkan keadaan tanah mendap sekaligus mengakibatkan keruntuhan.

Memang nampak pergerakan tanah masa itu, saya cuma sempat alihkan beberapa buah kereta, itu pun dengan bantuan beberapa rakan.

Saya dan rakan berjaya selamatkan lapan buah kenderaan sahaja, baki lima lagi memang tak lepas sebab tanah semakin mendap.”

Tanah Mendap 3

Seorang lagi saksi kejadian, Mohd Nazir Mohd Ghazali, 46, hanya mampu melihat apabila kereta miliknya jatuh ke dalam parit berhampiran lokasi runtuhan. Dia difahamkan kereta yang terjatuh itu akan dialihkan menggunakan kren dalam masa terdekat.

Kereta tu merupakan kereta pertama saya, memang sedihlah bila jadi macam ini, tapi nak buat macam mana, saya reda.”

Seram tengok video tu. Semoga mereka yang terkesan dalam kejadian ini bertabah…

Baca: [VIDEO] Perkongsian Lelaki Ini Tentang Keadaan Semasa Di Cameron Highland Buat Ramai Risau

Capture 32

Sumber: MyKMU