in

Tular Pelanggan Dapat ‘Pastry’ Berkulat, Zus Coffee Buat Permohonan Maaf

Zus Coffee Berkulat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai pelanggan, kita perlu bertindak dengan cepat jika ada kekurangan dalam kualiti makanan. Baru-baru ini, tular sebuah isu di mana rangkaian kafe ternama iaitu Zus Coffee memberikan pelanggannya pastry yang sudah berkulat.


Perkara itu menimbulkan kemarahan ramai malah ada juga yang merisaukan tentang keselamatan makanan mereka.

Pun begitu, setelah isu tersebut tular di media sosial, wakil daripada kafe tersebut telah pun membuat satu permohonan maaf secara terbuka melalui media sosial mereka.

Zus1

Zus2

“Kami menyasarkan untuk menghidangkan kopi serta makanan yang berkualiti tinggi untuk pelanggan. Kami telah berhubung secara terus dengan pelanggan tersebut dan membuat permohonan maaf.

Kami juga akan menawarkan bayaran pulangan beserta pampasan perubatan dari mana-mana pusat perubatan bagi memastikan keselamatan serta kesihatan pelanggan tersebut,” tulisnya.

Difahamkan, insiden tersebut membabitkan cawangan Zus Coffee di KL East Mall, siasatan telah dilakukan dan ia berpunca daripada pencemaran (contamination) yang ada di dalam peti sejuk cawangan tersebut.

Baca: Viral Isu Baki 5 Sen Pelanggan, Zus Coffee Tampil Mohon Maaf Tapi Ramai Kritik?

F6 Zs5S

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.