in

Pepsi x ZUS Coffee Hasilkan Set Minuman Eksklusif Sempena Roadshow HONOR 90

Ft Pepsi X Zus Coffee

Pepsi dan rangkaian kopi berpacukan teknologi no.1 di Malaysia, ZUS Coffee baru-baru ini telah bekerjasama sebagai rakan kongsi minuman rasmi bagi roadshow HONOR 90 yang sedang berlangsung di IOI City Mall.

Roadshow yang bermula di pusat beli belah One Utama minggu lalu ini diteruskan lagi di IOI City Mall bermula 2 hingga 6 Ogos bermula jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Sebagai rakan kongsi minuman rasmi, roadshow tersebut menampilkan kerjasama pertama di antara Pepsi dan ZUS Coffee di Malaysia, seterusnya meraikan gabungan perisa dan teknologi yang inovatif.

02 Pepsi X Zus Coffee

Hasil dari gabungan dua jenama berkenaan, Pepsi x ZUS Coffee telah memperkenalkan minuman istimewa, eksklusif buat pengunjung roadshow berkenaan iaitu Pepsi Sour yang mendapat sentuhan kreatif gabungan rasa klasik Pepsi dan juga kopi yang menyegarkan dan juga Pepsi Cloud, ciptaan lazat dari nostalgia klasik ‘vanilla float soda’ yang mendapat sentuhan moden.

Apa yang pasti, gabungan rasa hebat Pepsi dan kopi ini akan menaikkan selera dan membuatkan para pengunjung terus menginginkan minuman ini.

Selain itu, roadshow ini juga menawarkan peluang peluang pertama dan eksklusif buat para pengunjung untuk mencuba sendiri keunikan kedua-dua minuman ini sebelum pelancaran rasminya di kedai pada September nanti.

01 Pepsi X Zus Coffee

Bagi meraikan kerjasama ini, para pengunjung boleh turut menyertai siri aktiviti menarik yang disediakan dengan peluang untuk menebus minuman baharu eksklusif di roadshow yang sedang berlangsung di IOI Mall ini.

Pengunjung hanya perlu menebus tiga setem pada kad setem mereka yang boleh didapati dengan menyertai aktividi di roadshow tersebut atau membeli sebarang produk HONOR.

Selain minuman Pepsi percuma, roashow ini turut menawarkan hiburan dan pastinya para pengunjung berpeluang untuk memenangi baucar ZUS Coffee melalui permainan yang menyeronokkan dan menarik.

Tidak lupa juga, peminat bertuah akan dapat berkongsi detik istimewa bersama Janna Nick semasa sesi ramah mesra dan membawa pulang barangan edisi terhad ketika “Yang Yang Special Hour” yang akan berlangsung pada 5 dan 6 Ogos nanti.

Menurut Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan, acara luar biasa ini menggabungkan perisa ikonik Pepsi dan kehebatan inovatif kopi ZUS bagi menghasilkan minuman yang sangat unik.

05 Pepsi X Zus Coffee

Tambahnya lagi, kerjasama antara Pepsi dan ZUS Coffee ini pastinya akan mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai jenama yang menjangkaui batasan dalam memulakan perjalanan untuk mencipta pengalaman yang luar biasa melalui inovasi.

Roadshow selama 5 hari ini pastinya akan menggembirakan dan memikat hati para pengujung tanpa mengira peringkat umur kerana Pepsi, ZUS Coffee dan HONOR bersatu untuk memberikan pengalaman yang tiada tandingan buat semua.

Jangan lupa untuk catatkan pada kalendar anda dan sertai roadshow ini di IOI City Mall bermula 2 hingga 6 Ogos, dari 10 pagi hingga 10 malam.