in

Tular Kes Tikam Rambang Di Shah Alam Sampai Ada Yang Maut, Rupanya Sebab Gaduh?

Collage 21

Baru-baru ini, tular di WhatsApp mengenai kes tikam rambang yang berlaku di Shah Alam. Dikatakan, kejadian berlaku selama dua malam berturut-turut di Seksyen 7 dan Seksyen 9.

Pun begitu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki maut ditikam menggunakan senjata tajam selepas berlaku pergelutan di kawasan kaki lima Seksyen 9

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib mengatakan, mangsa berusia 25 tahun disahkan meninggal jam 5.35 petang semalam selepas empat hari dirawat di hospital.

Dipercayai, insiden yang berlaku jam 2.30 petang berpunca apabila mangsa datang ke arah dua lelaki yang sedang menjaja di hadapan sebuah restoran.

827866 1

Mangsa bertindak memarahi kedua-dua mereka sebelum menyerang dan menumbuk lelaki berusia 29 tahun hingga berlaku pergaduhan.

“Pada masa sama, seorang lelaki OKU yang melalui kawasan tersebut cuba meleraikan pergaduhan tersebut sebelum cuba melarikan diri apabila cuba diserang mangsa.

“Mangsa kemudian mengejar lelaki OKU sejauh 100 meter sebelum rebah di depan sebuah kedai perabot akibat pendarahan di perut.”

Ekoran ini, pihak polis telah menahan tiga lelaki termasuk seorang OKU berusia 37 tahun serta mendapati berdasarkan keterangan saksi, tiada individu yang nampak mangsa ditikam.

Pihak polis masih lagi mencari individu yang menikam mangsa serta turut menasihatkan orang ramai untuk tak membuat apa-apa spekulasi mengenai insiden ini.

 

Baca: Polis Ditikam Kawan Sendiri Masa Tengah Tidur Disebabkan ‘Gaduh Mulut’

Screenshot 2020 09 18 At 11.35.53 Am

Sumber: Sinar Harian