Ramai sedia maklum dengan perlawanan Malaysia menentang Bahrain yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lepas untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2023 bagi Kumpulan E.
Keputusan akhir bagi perlawanan itu berpihak kepada Bahrain yang menang 2-1 kepada Malaysia. Namun, apa yang mencuri perhatian peminat bola sepak adalah tindakan beberapa staf stadium menggunakan penyodok dan juga kadbod untuk keluarkan air dari padang.
Kejadian itu juga turut tular di media sosial apabila ramai yang kongsikan insiden tersebut kerana air dilihatkan bertakung dalam kuantiti yang banyak di tengah-tengah padang pada waktu rehat separuh masa pertama perlawanan.
Mantap stadium NASIONAL bukit jalil, tolak air pakai penyodok sampah 😂 pic.twitter.com/eWoWxqA3BG
— Khairil Anuar (@KhairilAnuar) June 11, 2022
“Boleh je tangguh, takpun…”
Insiden itu buatkan peminat menyuarakan pendapat mereka tentang perlawanan sepatutnya ditangguhkan untuk 30 minit bagi mengurangkan takungan air di tengah padang memandangkan hujan pada malam itu agak lebat.
Tak kurang juga yang berikan cadangan supaya persediaan yang lebih rapi dilakukan oleh pihak stadium dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar kejadian yang sama takkan berulang lagi.
Cuma nak tanyalah, tak boleh ke kalau kita tutup padang bola tu pakai canvas besar seharian ni memandangkan kita dah jangka/ramal hujan ribut dekat Klang Valley hari ni?
JDT pernah buat kan dulu? Ke memang tak boleh? pic.twitter.com/enLqkS9hrL
— Mag (@magmalaya) June 11, 2022
“Dah bagi cadangan tangguh perlawanan”
Berikutan dengan isu itu, Mohd Faidz Sanusi selaku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia menegaskan bahawa pihaknya tidak mengeluarkan arahan kepada staf untuk menggunakan penyodok dan juga kadbod sebagai alat untuk keluarkan air dari stadium.
https://www.facebook.com/stadium.malaysia/posts/5113529222035779
“Sebaliknya kami sudah beri cadangan tangguh perlawanan ke 9.30 malam untuk sistem perparitan berfungsi dengan baik.” – Mohd Faidz Sanusi
Susulan itu, PSM bersama Kementerian Belia dan Sukan akan memulakan proses penukaran padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang dijadualkan bermula awal tahun depan bersama dengan beberapa penambahbaikan yang lain.
Dah lama sangat min tak ke stadium ni. Rindu pulak rasa…
Baca: “Siap tanya handsome tak?” – Individu Dikecam Tak Sensitif Terhadap Mangsa Dirogol Pemain Bola Sepak