in

Tular Guna ‘Rice Wine’ Dalam Masakan, Penutupan Restoran Undang Persoalan Netizen

Ft Nasi Claypot Ada Rice Wine

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak adanya TikTok, banyak kedai yang menjual makanan yang menarik akan dikongsikan kepada pengikut dan sekiranya video tersebut viral di media sosial, pastinya kedai tersebut akan dipenuhi dengan mereka yang tidak ingin melepaskan peluang untuk mencuba makanan tersebut.


Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebuah restoran yang telah beroperasi lebih 20 tahun yang menjual nasi ayam di dalam periuk tanah dan menu nasi ayam tersebut sebagai ‘best seller’ di restoran terbabut.

Artikel berkaitan : “Tuduhan tak berasas dan agak memalukan” – Cef Nasi Arab Terkenal Didakwa Aniaya ‘Runner’?

Artikel berkaitan : Selalu Buat Konten Pelanggan Kena Berjoget, Kedai Manisan Popular Bukit Bintang Disita DBKL

Dalam video tersebut, dikatakan bahawa pemilik restoran itu beragama Islam dan makanan yang disajikan tersebut halal.

Namun, ada akaun TikTok mendedahkan bahawa ketika dia mengunjungi restoran yang dimaksudkan sebelum ianya viral, dia mendapati kedai tersebut ada menggunakan minyak bijan dan juga campuran ‘rice wine’.

@balaapapapa tengok sendiri… 1 rice wine 1 minyak bijan video ni ambil sblm viral… nak mkn ke x terpulang… sy dh tau sy kene bgtau… rice wine walaupun alcohol tak tinggi tapi bg kaum muslim mmg tak boleh,tak halal…. #claypotpetaling ♬ original sound – balaapapapa

Menurut pengguna TikTok tersebut, restoran itu didakwa menyajikan makanan yang dicampur bahan yang tidak halal dan isu ini meraih perhatian ramai dan penjelasan daripada pemilik restoran berhubung isu terbabit juga turut diminta.

Dalam masa yang sama, ada juga yang meninggalkan komen di TikTok berkenaan mengakui sebagai seorang cina muslim, dia mengesahkan bahan tambahan yang digunakan itu mengandungi alkohol dan tidak halal.

Claypot Rice Viral

Menurutnya, sos yang digunakan itu adalah daripada sebuah jenama ‘rice wine’ yang mengandungi 16% alkohol di dalamnya.

Lebih mengejutkan, selain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang berlaku, pihak restoran mengumumkan bahawa restoran mereka akan ditutup sementara waktu untuk kerja-kerja penambahbaikan.

Berikutan penutupan itu, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan restoran itu yang disifatkan ingin ‘lari’ dari menjawab persoalan yang diketengahkan selain ada yang mendakwa ianya ditutup selepas ‘kantoi’ menggunakan ‘rice wine’.

Sumber : TikTok | The Vocket

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.