in

Tular Gambar Cikgu Diajar Cara Buat ‘Swab Test’ Pada Murid, Pakar Sarankan Jangan Ikut

Collage 9

Selepas kluster di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya dikesan minggu lalu dan sekolah tersebut telah pun diarahkan tutup, ramai yang bimbang dengan keselamatan anak-anak di sekolah.

Baru-baru ini, tular beberapa gambar di media sosial menunjukkan guru-guru telah diajar untuk membuat ujian saringan Covid-19 PCR pada pelajar sekolah sehingga menjadi perbalahan ramai.

“Guru bukan staff KKM”

263169689 104994198695906 5537370032109240373 N

Menerusi perkongsian seorang guru di Facebook Mohd Fadhli Salleh, isu guru diajar untuk membuat ujian swab hidung ini dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Kuantan.

Mengulas mengenai perkara ini, Fadhli berpendapat cikgu tak sepatutnya membuat ujian PCR ini sendiri kerana bimbang jika berlaku apa-apa implikasi.

Cikgu-cikgu hati-hati sikit kalau sekolah arah buat nasal swab test ni. Kalau ada apa-apa implikasi akibat swab test tu, jenuh nak menjawab. Silap-silap kena saman dengan parent. Naya.”

Malah, Fadhli turut memberitahu mengenai kes di UK di mana individu cedera lapisan otak kerana diswab terlalu dalam dan kasar.

https://www.facebook.com/xbgsx666/posts/4801246863230204

Cikgu jerut leher sendiri

Bukan itu sahaja, seorang pakar perubatan dan pakar bedah di UIAM Dr Mizam Baha turut menasihatkan cikgu untuk tidak ikut saranan membuat swab test ini kerana bukan kemahiran mereka. Perbuatan ini turut disamakan dengan menjerut leher sendiri jika ada apa-apa berlaku pada pelajar.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=3002457273402092&id=100009135467069

“Gila ke apa suruh cikgu jolok hidung”

Manakala rata-rata netizen bersetuju yang cikgu-cikgu tak sepatutnya membuat ujian swab hidung ke atas murid dan tak akan izinkan anak mereka diperlakukan sedemikian.

Screenshot 2021 12 08 At 12.34.07 Pm Down

Betul jugak tu, kesian dekat cikgu kalau ada apa-apa jadi nak kena menanggung dan menjawab pula dekat ibu bapa…

 

Baca: Dr Radzi Sahkan 65 Orang Pelajar SBP Di Cyberjaya Positif Covid-19

Screenshot 2021 12 08 At 12.46.00 Pm