Sebarang salah laku atau pelanggaran disiplin atau kemasukan individu tidak berkaitan susulan dengan dakwaan aktiviti tidak bermoral di pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan dikompromi.
Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris, berkata siasatan secara menyeluruh kini sedang giat dijalankan dan pihaknya akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah.
Artikel berkaitan : Tular Wujud Aktiviti Tak Bermoral Dalam Kem ATM, Kementerian Pertahanan Arah Siasatan Dilakukan
Artikel berkaitan : Ini Keadaan Terkini 2 Juruterbang TUDM Pesawat Hornet Yang Terhempas Malam Semalam
Tegasnya lagi, pihak kepimpinan TUDM memandang serius terhadap perkara itu dan menzahirkan kekesalan terhadap insiden itu, beliau turut menekankan bahawa sebarang salah laku akan ditangani mengikut peraturan perkhidmatan yang ditetapkan.
“Segala bentuk aktiviti tidak bermoral dalam pangkalan udara adalah dilarang sama sekali kerana ia mencemarkan imej serta maruah TUDM.”

Sebelum ini, Kementerian Pertahanan mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menjalankan siasatan dalaman segera susulan dakwaan yang tular di media sosial membabitkan beberapa kem tentera.
Pihaknya telah mengarahkan ATM untuk melakukan siasatan dalaman secara menyeluruh bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan. Ia berdasarkan tular beberapa video dan gambar yang memaparkan wanita berpakaian mencolok mata ala kelab malam telah dibawa masuk ke pangkalan tentera dan sebuah bar yang dipercayai sebahagian daripada kem tentera.
Antara dakwaan lain termasuk penganjuran parti yang membawa wanita masuk ke dalam kawasan kem. Namun begitu kesemua imej yang tersebar itu masih belum ada kesahihannya.
Sumber : Berita Harian
