Kebiasannya di kawasan kampung dan pedalaman, majlis akan diadakan di sekitar rumah untuk menjimatkan kos perbelanjaan. Sebagai contoh, khemah majlis kahwin akan dipasang di hadapan rumah dengan izin jiran-jiran.
Namun, bagaimanapula jika jalan raya di hadapan rumah adalah jalan utama dan digunakan oleh kenderaan berat?
Pasang khemah di tengah-tengah jalan
Dalam satu video yang tular baru-baru ini, orang kampung berhadapan situasi panik apabila khemah yang dipasang di tengah-tengah jalan raya terpaksa dikemas gara-gara menghalang perjalanan sebuah trak.
Dalam video tersebut, difahamkan sebuah majlis perkahwinan sedang berlangsung. Orang kampung di situ menggunakan jalan raya di hadapan rumah sebagai kawasan majlis memandangkan tiada ruang lain yang ada di situ. Di sisi jalan pula dipenuhi dengan motosikal dan pembesar suara.
Suasana meriah majlis tersebut bertukar panik apabila kemunculan trak yang mahu melalui jalan tersebut. Difahamkan, orang-orang di situ terpaksa mengangkat meja dan kerusi untuk memberi laluan kepada trak tersebut.
https://www.instagram.com/p/CgMYWiDMWIx/?hl=en
Salah siapa?
Video ini ternyata tular di media sosial dan mencetuskan perdebatan di antara warganet berkenaan siapa yang patut disalahkan di dalam situasi ini.
Rata-rata warganet mempersoalkan tindakan tuan majlis yang memasang khemah di atas jalan raya yang diketahui akan dilalui oleh kenderaan.
“Majlis ni tradisi je. Yang penting akad nikah, bagitau jiran kiri dan kanan, selesai. Kenapa buat susah…”, tulis seorang warganet.
Di akhir video, seorang individu dilihat cuba berbincang dengan pemandu trak agar menggunakan jalan lain dan tidak mengganggu majlis tersebut.
Kredit: Suara
BACA: Selipar Jepun Sebagai Mahar, Pasangan Indonesia Ini Selamat Bernikah. Mudah Dan Jimat!