in

#JusticeForBella! Selebriti Malaysia Tunjuk Solidariti, Mahu Pelaku Diambil Tindakan

Collage 33

Sejak akhir-akhir ini, media sosial hangat memperkatakan tentang remaja kelainan upaya yang ditemui dalam keadaan melecur teruk pada dada, tangan dan leher serta banyak bekas-bekas parut yang ditemui akibat dipercayai didera di rumah kebajikannya di Wangsa Maju.

Dikatakan, keadaan remaja sindrom down ini diketahui selepas dia disahkan positif Covid-19 dan secara tak langsung kempen #JusticeForBella telah dilancarkan bagi mendapatkan keadilan ke atas anak istimewa ini.

Selebriti turut bersuara

Selain netizen, ramai selebriti di Malaysia juga turut terkesan dengan keadaan yang dilalui oleh Bella ini dan secara terang-terangan menunjukkan sokongan mereka di media sosial dengan kongsikan mengenai #JusticeForBella ini.

Antara artis yang dilihat menunjukkan sokongan termasuklah Faizal Tahir, Marsha Milan, Abby Abadi, Erra Fazira, Sharnaaz Ahmad dan ramai lagi.

Rata-rata dari mereka meminta agar pelaku dan orang-orang yang berkaitan diambil tindakan yang sewajarnya.

Dikatakan kes ini telah pun dilaporkan kepada pihak berkuasa dan akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal. Jika disabitkan kesalahan,pelaku boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tempoh tidak melebihi 20 puluh tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dikatakan telah pun menyita rumah kebajikan yang dipercayai terbabit dalam kes penderaan Bella ini.

Harapnya pelaku dapat dibawa ke muka pengadilan.

 

Baca: “Diikat, disiram air panas” – Rumah Kebajikan Disyaki Dera Remaja ‘Down Syndrome’ Sampai Alami Kecederaan Serius

Screenshot 2021 07 13 At 2.20.16 Pm