in

Tragis, Budak Lelaki Maut Terjun Kolam Untuk Selamatkan Kembar

Untitled Collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan maut selepas dia dikatakan terjun ke dalam kolam renang untuk menyelamatkan kembarnya yang sedang lemas, dalam satu kejadian di Durban, Afrika Selatan.


Memetik laporan The Sun, cubaan pasukan paramedik untuk menyelamatkan sepasang kembar malang itu tidak berjaya dan kedua-dua mereka kemudian disahkan meninggal dunia akibat lemas.

Datuk mangsa, Ivan Ikes berkata ketika kejadian mangsa ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh.

Rakaman daripada kamera litar tertutup keluarga mangsa menunjukkan dua beradik itu membuka pagar untuk bermain di luar rumah, sebelum salah seorang daripada mereka terjatuh ke dalam kolam renang.

Susulan itu, seorang lagi kembarnya turut terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan adiknya sebelum kedua-duanya maut akibat lemas. Bagaimanapun pihak berkuasa masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.

 

Baca: “Video lagi penting dari nyawa” – Remaja Lemas Masa Berenang Tapi Kawan Ambik Video Sampai ‘Lupa’ Nak Tolong

Capture 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.