in

‘Tragedi’ Lebuhraya DUKE! Budak Terpelanting Keluar Kereta, Lepas Tu Terjatuh Pula Dari Jejambat Setinggi 15 Meter

Ft Eksiden Final 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ngeri! Dilaporkan berlaku kejadian malang yang menimpa seorang kanak-kanak yang baru berusia 8 tahun apabila dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) sehingga menyebabkannya terpelanting keluar dari kereta yang dinaikinya.



Bukan setakat itu sahaja, kanak-kanak malang itu dikatakan terjatuh pula dari atas jejambat yang berketinggian kira-kira 15 meter di kilometer 0.4 Lebuhraya DUKE berhampiran Jalan Tun Razak pada Jumaat lalu.

Feat Eksiden Kereta

Allahu, sudah jatuh ditimpa tangga. 

 

Terbabas sebab hujan lebat

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, kejadian tersebut berlaku apabila kenderaan yang dipandu oleh si bapa terbabas dengan sendirinya gara-gara hujan lebat.

Kenderaan itu terbabas akibat hujan lebat sebelum melanggar tembok kiri jejambat berkenaan.  

 

Terpelanting & terjatuh jejambat setinggi 15 meter

Disebabkan kemalangan itu, kanak-kanak itu yang merupakan penumpang di bahagian belakang telah tercampak keluar melalui sisi belakang kanan sebelum jatuh ke bawah dari jejambat tersebut.

Tambahnya, mangsa tercampak dari ketinggian antara 10 hingga 15 meter dan jatuh di kawasan parkir sebuah pusat jualan kereta terpakai di Jalan Pahang.

Feat Eksiden

Feat Eksiden 1

Feat Eksiden 2

 

Retak paha kiri

Menurut pihak polis lagi, kanak-kanak itu mengalami kecederaan parah dengan retak di paha kiri sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk siasatan lanjut.

Kes sedang disiasay untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Alhamdullilah masih dipanjangkan usia. Min doakan semoga mangsa cepat sembuh. 

Baca: Kereta Menjunam Di Laluan Bertingkat, Suami Maut Tersangkut Atas ‘Flyover’, Isteri Pula Cedera Parah Baca Eksiden

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.