in

Tragedi Berd*rah Kampung Belau: Jenazah Anak Selamat Dikebumi, Identiti Suami Isteri Tunggu Ujian DNA

Syaz Ft 2026 03 27T144416.758

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Proses bedah siasat ke atas tiga beranak yang terlibat dalam pembunuhan ngeri di Kampung Belau, Merbok, kelmarin dilaporkan telah selesai dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan memaklumkan, buat masa ini hanya jenazah anak lelaki pasangan tersebut yang sudah dituntut oleh pihak keluarga. Manakala, jenazah pasangan suami isteri yang ditemui dalam keadaan tidak sempurna itu masih berada di hospital bagi tujuan pengesahan identiti.


Artikel berkaitan: “Dibalut karpet, timbunan pakaian” – Polis Dedah Kronologi Kem*tian Ngeri 3 Beranak

Artikel berkaitan: “Mayat tidak sempurna” – Tiga Beranak Ditemui Meninggal Dunia Dalam Keadaan Mengerikan Di Merbok

“Kita hanya menunggu proses ujian asid deoksiribonukleik (DNA) serta cap jari bagi menentukan identiti dua individu terbabit sebelum jenazah diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian.

Bagaimanapun bedah siasat ke atas anak pasangan itu yang ditemui meninggal dunia di tingkat atas rumah terbabit telah selesai dan sudah diserahkan kepada keluarga, semalam,” katanya.

Cats 23

Difahamkan, jenazah anak lelaki mereka, Muhammad Shakir Zufayri Abdul Aziz, 29, telah selamat dikebumikan pada petang semalam.

Dalam perkembangan sama, Hanyan menyatakan bahawa pihak polis kini sedang giat menjalankan siasatan lanjut bagi merungkai motif kejadian tersebut.

“Setakat ini polis sudah mengambil keterangan 11 saksi untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu,” jelas beliau lagi.

Terdahulu, negara dikejutkan dengan penemuan mayat Zikri Abdul Rahman, 65, dan isterinya, Suraya Man, 53, di bahagian dapur rumah dalam keadaan kepala dan badan terpisah serta ditutup dengan kain di atas karpet. Manakala, mayat Muhammad Shakir pula ditemukan di tingkat atas dengan kesan kelar pada bahagian leher.

Siasatan awal turut mendapati anak tiri kepada mangsa lelaki dipercayai mempunyai sejarah masalah mental sejak beberapa tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.