in

Tradisi Pelik Turun Temurun Keluarga Diraja British Semasa Perayaan Krismas Akan Diteruskan Tahun Ini

Ratu Elizabeth Ii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keluarga Diraja British boleh dikatakan keluarga diraja yang dikenali seluruh dunia dan sering mendapat perhatian media. Kalau nak diikutkan mereka merupakan institusi diraja yang ke-5 tertua di dunia yang mana ianya ditubuhkan pada 1066 A.D.


Difahamkan, tertubuhnya kerajaan sebenarnya sekitar 871 A.D yang mana ketika itu England terbahagi kepada 8 negara sebelum Raja Alfred the Great dijatuhkan oleh William the conquerer yang menyerang negara berkenaan dan dilantik menjadi Raja.

Ratu Elizabeth II yang merupakan ratu sekarang pula telah menaiki tahta pada tahun 1952 dan merupakan pemerintah yang paling lama menduduki tahta berkenaan.

Queen Elizabeth Ii Coronation

Sesuai dengan status sebagai salah satu institusi diraja yang tertua, pastinya kerajaan Britain atau keluarga diraja British ini mempunyai banyak tradisi-tradisi yang diturunkan dan boleh dikatakan diamalkan sehingga hari ini.

Antara amalan tradisi yang agak pelik dan masih diamalkan antaranya termasuklah menjadikan seorang ahli parlimen sebagai tebusan sebelum sidang parlimen dimulakan disana. Difahamkan tradisi ini bermula kerana pada waktu tersebut, pihak istana dan parlimen tidak sebulu. Jadi untuk memastikan keselamatan kedua-dua pihak, seorang tebusan akan ditempatkan di Istana Buckingham dan dikawal oleh petugas istana.

Selain itu, ada lagi satu amalan yang mungkin ramai tak tahu adalah semua tetamu yang hadir ke majlis rasmi yang dihadiri oleh Ratu Elizabeth II perlu berhenti makan sekiranya baginda selesai menjamu selera. Selain diadakan untuk menghormati baginda, mereka yang teruskan makan akan dianggap biadap.

Queen Elizabeth Tea

Menurut laporan sebuah media tempatan, terdapat satu lagi tradisi turun temurun yang masih akan diteruskan oleh pemerintah tersebut adalah menimbang berat badan kesemua ahli keluarga diraja yang hadir pada majlis makan malam sempena sambutan hari krismas yang biasanya diadakan di Norfolk.

Difahamkan, tradisi ini bermula sejak pemerintahan Raja Edward VII sekitar awal tahun 1900 yang mana baginda akan memastikan kesemua ahli keluarga yang hadir tidak lapar atau dapat menjamu selera secukupnya.

Rumah Peribadi Ratu Elizabeth

Menurut ceritanya, setiap ahli keluarga yang hadir akan diminta untuk menimbang berat badan masing-masing menggunakan sebuah penimbang antik dan kemudian akan diminta untuk menimbang semula berat mereka selepas sesi makan malam berkenaan.

Tahun ini merupakan tahun pertama sambutan Krismas akan diadakan selepas pemergian Putera Philip, suami kepada Ratu Elizabeth II. Ya, institusi kerajaan Britain tidak memberikan gelaran raja secara automatik kepada pasangan baginda yang memerintah. Hanya mereka yang menaiki tahta akan mendapat gelaran tersebut.

Namun begitu, difahamkan sambutan tahun ini akan berlainan disebabkan kesihatan Ratu Elizabeth II yang dikhabarkan sudah menurun selepas dikejarkan ke hospital di London dan dilakukan ‘siasatan awal’ selain baginda juga difahamkan telah membatalkan 2 siri lawatan rasmi atas faktor kesihatan tersebut.

Baca : Siap Ada Mesin ATM Peribadi di Istana, Ini 7 Perkara Unik Mengenai Ratu Elizabeth II

F1 1

 

 

Sumber: Newsweek
Sumber: You Magazine
Sumber: W&H

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.