Satu rakaman video yang tular baru-baru ini telah mencetuskan rasa hiba dan amarah dalam kalangan netizen apabila memaparkan nasib malang seekor kucing di sebuah kolam pancing. Menerusi video tersebut, seorang pemancing tampil memberikan amaran keras kepada rakan-rakan sehobi tentang bahaya membuang sisa pancingan merata-rata.
Dalam video berkenaan, lelaki tersebut menunjukkan seekor kucing yang dipercayai telah menelan atau tersangkut mata kail yang masih mempunyai umpan. Kejadian ini dipercayai berlaku kerana terdapat segelintir pemancing yang tidak bertanggungjawab membuang mata kail yang sudah tidak digunakan di merata tempat, bukannya ke dalam tong sampah.
Artikel berkaitan: Wanita Jadi Sebatang Kara Sekelip Mata, Ibu & 70 Kucing Peliharaan Rent*ng Dalam Satu Kebakaran
Artikel berkaitan: Individu Mohon Bantuan Orang Ramai, Tolong Kucing Jalanan P*tus Satu Kaki Di Mersing
Kucing yang biasanya berkeliaran di sekitar kolam untuk mencari makanan akhirnya menjadi mangsa setelah tertarik dengan bau umpan yang masih melekat pada mata kail tersebut.
@man.kelii Kalau boleh lupus kan perembut sebelum buang ke dalam tong sampah. #catlover #cat #sad #ulubendulfishvalley
“Tak kisahlah kolam air masin ke, kolam air tawar ke… Janganlah buang sembarangan mata kail yang ada umpan tu. Kalau boleh, buang dalam tong sampahlah,” tegasnya.
Situasi ini bukan sahaja menyakitkan haiwan tersebut, malah boleh menyebabkan kecederaan dalaman yang serius atau kematian jika mata kail itu tersangkut pada organ penting. Pemancing itu berkali-kali meluahkan rasa kasihan terhadap nasib kucing tersebut yang terpaksa menanggung kesakitan akibat kecuaian manusia.
Beliau juga mengingatkan bahawa sebagai pemancing, kebersihan dan keselamatan kawasan sekitar adalah tanggungjawab bersama, bukan sekadar mengejar hasil tangkapan semata-mata.
Sumber: TikTok
