in

“Tolong serah diri jika ingkar…” – Polis Sedang Kesan Tiga Individu Hina Raja Ini, Seorang Telah Ditahan

Collage 46

Pihak polis kini sedang menyiasat empat pemilik akaun Facebook dan Twitter kerana memuat naik kenyataan menghina Raja-Raja Melayu serta berbaur hasutan.

Menurut Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed, salah seorang individu yang menggunakan nama Liew Lip Nan telah pun ditahan selepas dia mempertikaikan video yang dimuatnaik di Twitter rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu, lapor Harian Metro.

Dia kini ditahan di Cheras dan gajet yang digunakan untuk membuat kenyataan ini telah pun dirampas.

Eltrg Dvcaee1F5

Manakala tiga lagi individu yang menggunakan nama Ronnie Liu Tian Khiew, Uncle Ireeve dan Ho Ruey Terng masih dikesan dan pihak polis meminta mereka untuk menyerahkan diri sebelum tangkapan dibuat ke atas mereka.

Eltrh30Uwaamgei Eltrtzsvkaaqri Eltruqcvcae4Y9P

Kita minta pemilik akaun-akaun ini tampil menyerah diri dan jika ingkar, tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat.

Tak cukup dengan itu, rakyat Malaysia juga diminta untuk lebih bertanggungjawab apabila menggunakan laman media sosial dan elak dari membuat pelakuan yang mempunyai kecenderungan menghasut sekali gus merosakkan keharmonian negara.

 

Baca: “Kerana mulut badan binasa” – Muatnaik Status Hina YDPA, Polis Siasat Akaun Facebook Dibawah Akta Hasutan

Ft Ydpa