in

“Tolong laksanakan PKP di Sabah” – Netizen Risau Kes Di Semenanjung Semakin Meningkat, Minta Kerajaan Ambil Tindakan

Collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, KKM mengumumkan terdapat sebanyak 150 kes baharu Covid-19. Dari kesemua kes ini, 146 adalah kes tempatan manakala 4 merupakan kes import.


Seperti sejak kebelakangan ni, Sabah masih mempunyai kes yang terbanyak iaitu 124 kes diikuti dengan Selangor 11 kes, KL 6 kes dan Pahang 4 kes.

Dari pecahan kes ni, di Selangor saja sebanyak 8 kes merupakan saringan pulang dari Sabah dan kesemuanya merupakan warganegara Malaysia.

120085715 10157396464796237 5509994515975057670 N

Tak cukup dengan itu, sebanyak enam pusat membeli-belah di Lembah Klang terpaksa ditutup kerana staf mereka didapati positif Covid-19.

Ditambah pula dengan pengumuman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri semalam mengatakan individu pulang dari Sabah yang mendapat keputusan negatif tak perlu menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu ujian saringan ke dua.

Ekoran ini, ramai netizen risau dengan peningkatan ini lebih-lebih lagi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang baru je selesai di Sabah. Dorang meminta agar kerajaan segera laksakan PKP di Sabah sebelum kes di semenanjung tambah meningkat.

Screenshot 2020 09 28 At 11.34.59 Am Down

 

Baca: Senarai 6 Shopping Mall di Lembah Klang Yang Dilaporkan Mempunyai Kes COVID-19

Malls

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.