in

“Tolong jgn buang bayi mcm ini saya 8 tahun takde Anak”- Sedih! Bayi Dijumpai Dalam Longkang Berbalut Plastik Sayur

Babyyyyyy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam sibuk negara melawan Covid-19, kes buang bayi masih lagi berlaku. Baru-baru ini seorang bayi perempuan ditemui di dalam longkang di Kampung Solok, Tangkak, Johor.


Lebih menyedihkan, bayi itu dijumpai dalam bungkusan plastik oleh seorang kanak-kanak yang ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari mengaji. Kanak-kanak itu kemudiannya melaporkan perkara itu bapanya sebelum lelaki itu melaporkan kepada polis.

Bayi seberat 2.6 kilogram itu dipercayai baru lahir, kurang 24 jam dari dia dijumpai.

Lelaki tersebut kemudiannya menyelimuti bayi itu dengan sehelai kain sementara menunggu ketibaan pihak polis di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan yang dijalankan kakitangan perubatan mendapati bayi yang tidak dikenali bangsa itu berkeadaan sihat dan dibawa dengan ambulans ke Hospital Tangkak untuk pemeriksaan lanjut.”- Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat

Baby Bh

Bagaimanapun bayi yang dijumpai itu tidak dilengkapi sebarang dokumen diri atau barang milik bayi tersebut.

Kes diklasifikasi dibawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang boleh menyebabkan hukuman penjara selama 7 tahun atau dengan denda atau boleh disabitkan kedua – duanya sekali, lapor Berita Harian

Pihak polis menggalakan orang awam untuk berkongsi maklumat dengan menghubungi pengawai penyiasat yang bertugas di talian 016-5220525 atau 06-9781 2222.

 

Baca : “Jangan puji bayi baru lahir…”- Ini Antara Pantang Larang Orang Asli Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Feat 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.