Ramai yang sedia maklum mengenai isu yang dialami oleh pelakon Amber Heard dan Johnny Depp. Tapi baru-baru ini sungguhpun Heard didapati bersalah kerana mendera Depp, namun nasib seakan-akan tidak berpihak kepada Depp.
Pelakon yang memegang watak Gellert Grindewald dalam filem Fantastic Beast menerima nasib yang malang apabila dia dipaksa untuk melepaskan jawatannya dan bukannya Heard, yang didakwa menderanya.
Isu itu menyebabkan kemarahan dalam kalangan peminat dan menyebabkan mereka menandatangani petisyen untuk Amber Heard digugurkan sebagai watak Princess Mera dalam sekual Aquaman.
Kembali Panas
Petisyen yang mendapat satu juta sokongan itu bagaimanapun sudah lama dilancarkan iaitu seawal Februari lalu di lama web Change.org.
Namun, ia kembali diperkatakan oleh peminat selepas Depp dipaksa melepaskan wataknya itu.
Peminat mendesak untuk Warner Brothers dan DC untuk menggugurkan Heard kerana mereka tidak menyokong penderaan rumah tangga.
Sungguhpun kemarahan peminat kian memuncak, Heard dikatakan tidak akan melepaskan wataknya itu lapor MSN.
Pelakon yang memegang watak Princess Mera dalam Aquaman itu gembira untuk kembali semula ke set pengambaran filem itu.
Saya sangat teruja dengan sokongan dan penghargaan yang diberikan peminat filem Aquaman. Kami akan kembali tidak lama lagi.
Khabar angin yang tersebar tidak membawa apa-apa keputusan. Hanya peminat sahaja yang akan menjadi Aquaman dan Aquaman 2 berjaya. Saya teruja untuk melakukannya tahun hadapan.
Nampaknya macam tak makan saman juga Heard ni. Korang rasa macam mana? Okey ke tidak kalau Amber Heard masih ada dalam sekuel Aquaman nanti?