in

Tiru Gaya DS Vida Dalam Muzikal Lawak Superstar, Telatah Cik B Raih Perhatian Ramai

Cats 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada minggu pertama Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2), kumpulan ABC yang terdiri daripada Chiwan, Achok dan Cik B sudah pun mendapat perhatian peminat dengan sketsa lucu mereka.


Untuk minggu kedua pula, para peserta telah diberikan tema tempat perubatan untuk sketsa mereka. Kumpulan ABC hadir dengan sketsa berkisarkan acara perasmian sebuah pusat kecantikan.

Memandangkan Dato Seri Vida ialah seorang pemilik produk kecantikan, Cik B tampil membawa karakter ibunya di atas pentas. Lebih lucu, pakaian Cik B sama persis Dato Seri Vida, siap dengan crown di atas kepala!

Untuk sketsa kumpulan ABC, Chiwan membawa watak pengacara majlis, manakala Achok pula menjadi pembantu yang ingin melamar Dato Seri Vida semasa majlis perasmian tersebut.

Jika anda belum tonton MLS2 untuk minggu kedua, tonton sekarang sebab memang pecah habis! Memang sebiji Cik B ajuk Dato Seri Vida, cara ketawa pun sama.

2 5

Terhibur dengan sketsa kumpulan ABC, Zul Ariffin sebagai juri telah memberikan 5 bintang. Bagaimanapun, Zul Ariffin menegur agar kumpulan ABC tidak hanya mengetengahkan Cik B sahaja sebagai sumber punchline.

 

BACA: “Jam je dah 85K” – Gaya Street Style Cik B Hampir Mencecah RM120 Ribu!

Capture 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.