Semalam, satu mayat berpakaian lengkap seperti pakaian pekerja pelantar minyak ditemukan oleh orang awam di pesisir Pantai Sri Telong. Kejadian itu diketahui apabila pihak polis dihubungi oleh orang awam pada pukul 8.15 pagi.
Dah seminggu lebih terbiar
Kata Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman pihaknya membuat pemeriksaan di kawasan kejadian dan menemui satu mayat terdampar 50 meter dari pantai.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan forensik mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia melebihi seminggu berdasarkan keadaan mayat yang hanya tinggal tengkorak.
“Identiti mangsa sukar dikenalpasti kerana pakaian sut (bersambung baju dan seluar) seperti pakaian pekerja pelantar minyak sukar dibuka.”
Tambah beliau buat masa ini, tiada lagi laporan kehilangan pekerja pelantar minyak dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Menerusi Harian Metro, pihaknya juga tidak menemui sebarang senjata atau objek tajam di kawasan mayat.
Mayat ditemui dalam keadaan terlentang dengan badan masih berpakaian sut berwarna merah dan kelihatan membengkak manakala bahagian kepala hanya tinggal tengkorak serta anggota tangan dan kaki tinggal rangka.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu untuk bedah siasat dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.”
Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta membuat laporan di balai polis berdekatan.
Baca : Misteri Kehilangan Lelaki Selama 42 Hari: Mayat Reput Dijumpai Dalam Longkang Lebuhraya PLUS Tapi..