in

“Tinggal memori je” – Keadaan Feri Di Pulau Pinang Terbiar & Separa Tenggelam Buat Netizen Sedih

3Feri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut sahaja Pulau Pinang mesti kita akan terbayang syurga makanan dan tempat pelancongan yang menarik. Selain itu, sistem pengangkutan air yang unik dan ikonik menjadikan perkhidmatan feri Pulau Pinang salah satu simbol negeri tersebut.


Namun, selepas diumumkan tiada lagi perkhidmatan feri pada hujung tahun lepas, kenderaan ikonik negeri itu kini terbiar dan hampir tenggelam. Menerusi satu hantaran Facebook Penang Press, kita dapat lihat keadaan salah satu feri yang terbiar. Sedih min tengok feri tu jadi macam tu.

Screenshot 2021 06 06 At 1.49.19 Pm Screenshot 2021 06 06 At 1.49.32 Pm Screenshot 2021 06 06 At 1.49.43 Pm Screenshot 2021 06 06 At 1.49.50 Pm

 

 

Tinggal memori je.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih selepas melihat keadaan feri yang pernah menjadi ikon Pulau Pinang itu. Begitulah pengakhiran feri ini selepas sekian lama berkhidmat kepada penduduk dan pelancong yang datang ke Pulau Pinang.

Screenshot 2021 06 06 At 1.50.10 PmBetul, min sebagai orang Penang pun excited setiap kali naik feri. Tapi semua tu tinggal kenangan je lah kan.

Screenshot 2021 06 06 At 1.50.36 PmMin kalau ada tetamu datang rumah ke saudara mara dari jauh ke, memang min ajak naik feri lepas pusing satu pulau sambil food hunting. Memang jadi tarikan pelacong dari dulu lagi. 

Screenshot 2021 06 06 At 1.51.25 PmTengok dari jauh dah sayu hati, tak tahu lah apa perasaan orang yang tengok dekat-dekat kan. Berkubur macam tu je memori dorang. 

Screenshot 2021 06 06 At 1.52.04 PmBegitulah riwayat feri Pulau Pinang. Kalau buat karangan autobiografi macam zaman sekolah dulu mesti sedih weh. 

 

Cadangan sebelum pelupusan

Ada juga netizen yang mencadangkan feri yang tidak lagi berkhidmat menjadi pengangkutan awam ini untuk dikomersialkan. Sebagai contoh, sebuah feri telah dibeli oleh syarikat swasta dan ditempatkan diperairan antara Pulau Jerjak dan Queensbay Mall untuk tujuan bergambar. Mungkin usaha sebegini boleh diikuti pihak yang ingin menjaga warisan negara ini.

Screenshot 2021 06 06 At 1.50.50 PmRamai yang memberi cadangan untuk dijadikan restoran atau cafe terapung. Harap ada pihak yang ada dana untuk beli dan ubahsuai feri ni. 

Screenshot 2021 06 06 At 1.50.59 PmMacam menarik idea ni. Min pun teringin nak buat kenduri atas feri. Cruise mahal sangat, feri pun jadi lah. Memang rare habis kalau buat photoshoot wedding atas feri kan. 

 

Baca: Tiada Lagi Pengangkutan Ikonik, Feri Pulau Pinang Bakal Digantikan Dengan Bot Laju Bermula 1 Januari

Screenshot 2021 06 06 At 1.52.19 Pm

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.