Berita mengejutkan mengenai Barcelona yang tidak mampu untuk menyambung kontrak Lionel Messi telah mengejutkan peminat bola sepak dari seluruh dunia.
Banyak kelab bola sepak yang telah dikaitkan dengan perpindahan Lionel Messi, antaranya adalah Manchester United, Manchester City, Paris Saint-Germain dan Chelsea.
Menurut wartawan EPSN, Diego Monroig, kelab terkaya di Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan telah menempah Menara Eiffel pada 10 Ogos ini.
Dikatakan, tempahan Menara Eiffel ini adalah untuk menyambut ketibaan Lionel Messi yang tidak menyambung kontrak bersama Barcelona.
Bagaimanapun, timbul persoalan adakah PSG mampu untuk mematuhi peraturan Financial Fair Play (FFP) memandangkan gaji mingguan Messi adalah yang paling mahal di dunia.
Sebelum ini pada tahun 2017, PSG pernah menyewa Menara Eiffel untuk menyambut ketibaan Neymar yang berpindah dari Barcelona.
Buat peminat bola sepak, perpindahan Lionel Messi dari Barcelona adalah sesuatu yang janggal dan mengejutkan memandangkan pemain Argentina itu telah bermain untuk Barcelona sejak awal kariernya.
Kredit: Marca, Daily Record
BACA: Penyokong Tegar Messi Bunuh Diri, Kecewa Kekalahan Argentina