Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan butik pakaian jenama terkenal di Bangi terbakar.
Bagaimanapun, netizen yang melihat video terbabit meluahkan rasa hairan dengan tindakan pemilik butik yang sempat membuat video sinematik yang dirakam dari pelbagai sudut ketika pasukan bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.
Terbaharu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan pihaknya akan menyiasat pemilik butik yang dipercayai telah ingkar arahan yang diberikan anggota bertugas di lokasi kejadian.
Artikel berkaitan: ”Terbakar pun ada video” – Butik Baju Melayu Terbakar, Netizen Pelik Kenapa Siap Ada Video
Artikel berkaitan: [VIDEO] Gudang Terbakar, Founder Jenama Terkenal Tawar Ganjaran RM100,000 Jika Jumpa Pelaku
Butik ELRAH kat Bangi terbakar…HQ katanya… sebelah Bulan Bintang…😱😱
TikTok@elazman pic.twitter.com/xGYYD8yCS5
— rizalhakimm (@rizalhakimm1) March 23, 2024
Memetik sumber Astro Awani, pihak bomba akan melakukan siasatan menyeluruh untuk mengetahui situasi sebenar menyebabkan pemilik premis boleh masuk ke dalam bangunan terbakar walaupun telah dihalang.
Menurut Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad, pegawai bertugas telah pun melarang orang awan (pemilik dan pekerja) masuk kerana bimbang dengan keselamatan mereka ketika itu.
“Kejadian kebakaran itu berlaku bukan di dalam bangunan tetapi di bahagian ruangan tangga yang diletakkan kotak-kotak kosong dan semasa kebakaran, kita dapat lihat beberapa orang telah masuk ke dalam premis berkenaan.
“Sekiranya terdapat bukti bahawa pemilik itu telah melanggar arahan, tindakan perundangan dari beberapa sudut boleh diambil, antaranya menghalang anggota dan pegawai bomba mengawal api kebakaran di dalam premis itu,” katanya.
Malah, beliau juga menegur pemilik butik yang sempat membuat video berhubung kejadian itu kerana ia boleh mendatangkan bahaya dan mengancam nyawa.
“Mungkin nampak asap kebakaran sikit sahaja, tetapi kalau oksigen berada di bawah 16 peratus, boleh menyebabkan pengsan,” katanya.
Netizen minta menteri ambil tindakan
Sementara itu, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sedia maklum dan bakal mengambil tindakan selepas orang ramai menyuarakan isu terbabit.
Tindakan sedang diambil. Semua pihak termasuk pemilik premis wajib memberi kerjasama kpd @bombaJBPM dan bukan sebaliknya.
— Nga Kor Ming (@NgaKorMing) March 25, 2024
Sekadar info, gudang bagi jenama sama mengalami kebakaran sekitar Januari tahun lalu dan menawarkan wang RM100,00 jika ada individu yang berjaya jumpa pelakunya.
Sumber: Astro Awani