Sejak dari semalam, tular sebuah video di Threads memaparkan seorang TikToker didakwa menuturkan perkataan kurang sopan berkenaan seorang wanita ketika sedang makan di sebuah restoran.
Video berkenaan menerima pelbagai kecaman netizen yang menganggap tindakan tersebut sebagai biadap dan boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual tanpa sedar terhadap wanita tersebut.

Susulan kecaman yang diterima, TikToker berkenaan yang dikenali sebagai Hazren Rich telah memuat naik video permohonan maaf berikutan isu yang berlaku.
Artikel berkaitan: “Always the hauk one” – Meluc*h Terhadap ‘Stranger’ Semasa Live, Netizen Kecam Tindakan TikToker
“Ini adalah kesilapan pertama kali saya”
Menerusi video yang dimuat naik semula netizen di Threads, pempengaruh tersebut telah memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan memaklumkan yang perkara tersebut merupakan kesalahan pertama yang dilakukannya.
Dia juga turut menjelaskan mengenai reaksi ketawa yang dilakukan isterinya ketika kejadian itu berlaku.
Saya di sini ingin memohon seribu kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mana melihat video saya di restoran itu pada malam tadi.
“Ini semua silap saya lah, tak apalah. Saya anggap semua ini kesilapan. Kita manusia tak pernah tak buat silap. Ini adalah kesilapan pertama kali saya. Saya minta maaf.
“Selepas pada ini siapa nak komen cakap saya bodoh ke apa, tak apalah itu terpulang kepada anda.
“Orang rumah saya pun bukan gelak pasal benda itu, dia gelak kepada benda lain. Dia bukan gelak kepada saya. Dia tengah baca satu benda, bukan kepada saya. Bukan kepada isu yang kita tengah buat tu. Dia tak ada kaitan pun,” katanya.
Permohonan maaf itu walau bagaimanapun telah menerima kecaman daripada netizen yang menganggap TikToker tersebut tidak ikhlas dalam menyatakan kemaafan.
Malah ada juga yang berpendapat kemaafan itu sepatutnya dipohon kepada wanita yang disebut di dalam live berkenaan.
Sumber: Threads
