in

Tiga Tahun Bercinta Bagai Nak Rak, Last-last BF Bawa Perempuan Lain Jumpa Ibu

Ft Wanita Self Healing Pergi Umrah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jodoh, pertemuan dan ajal maut semuanya di tangan Tuhan, tak semua kisah percintaan akan berakhir sepertimana yang kita mahukan, kalau dah tertulis yang dia tu bukan jodoh kita, lama dan sayang macam mana sekalipun pasti takkan bersama.

Seperti mana kisah wanita yang dikenali sebagai @frhnjwaaaaa ini, dia redha dan membuat keputusan mencari ketenangan di tanah suci.


 

3 tahun bercinta, BF bawa wanita lain jumpa ibu

Dalam satu video yang dikongsikan di TikTok dan meraih sebanyak 673K jumlah tontonan dalam masa 18 jam itu, dia menunjukkan rakaman dirinya mengerjakan umrah secara berseorangan.

Ini kerana hatinya dikatakan hancur berkecai setelah mengetahui teman lelakinya yang dah bercinta selama 3 tahun bawa wanita lain berjumpa dengan ibu.

Menurut wanita ini, sepanjang mereka berhubungan, dia begitu berharap jika teman lelakinya itu meminangnya, tapi lain pula yang jadi.

@frhnjwaaaaa

hampir 3tahun bercinta, hari2 tunggu dia masuk minang, rupanya dia dah bawa perempuan lain jumpa mak dia. Self healing pergi umrah, Alhamdullilah ?

♬ suara asli – andre – ANDRE

Saat dia membawa diri ke tanah suci, wanita ini memohon agar luka di hatinya sembuh dan meminta agar hatinya tertutup untuk sesiapa sahaja buat masa ini untuk dekatkan diri dengan Allah.

@frhnjwaaaaa

last airmata tu aku tinggaikan dekat sana, ya allah aku redha & terima semua ketentuan-Mu❤️

♬ Muhasabah Cinta – Anisa Rahman

Hurm, harap wanita ini tenang dan dapat menemukan kebahagiaan, mesti ada hikmah sebab Allah dah susun cantik jalan kehidupan kita.

Baca : Kalau Dah Jodoh! Wanita Terkejut Terjumpa Dirinya Dalam Gambar Zaman Kanak-kanak Suaminya

F2 Gzk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.