in

Tiga Anggota RELA Dipukul ‘Datuk Seri’ di Jalan Ampang, Diberi Sijil Kepujian Kerana Sikap Profesional

Tumbuk Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjalankan tugas dengan profesional dan berintegriti semestinya mendatangkan faedah kepada setiap individu. Seperti tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang dianugerahkan sijil kepujian kerana sikap itu.


Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila seorang individu bergelar Datuk Seri didakwa memukul tiga anggota RELA tersebut. Menurut Malaysiakini, kejadian tersebut berlaku di sebuah tokong di Jalan Ampang pada Jumaat lalu.

Tumbuk 1
sumber: facebook

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, anggota tersebut yang sedang bertugas telah meminta lelaki berkenaan untuk mengalihkan Toyota Vellfire miliknya yang dikatakan menganggu lalu lintas.

Suspek bagaimanapun enggan berbuat kemudian dan berang dengan teguran itu membuatkannya mula memaki hamun kesemua anggota tersebut. Dia kemudian bertindak memukul dan menendang mereka. Salah seorang rakan, Lee Weng Poh yang juga bertugas ketika itu cuba meleraikan keadaan namun ditampar lelaki berkenaan.

Datuk Seri itu turut memukul dan menendang kami selain mengugut akan mengapa-apakan kami selepas ini.”

Tumbuk 3
sumber: malaysiakini

Akibat serangan itu, Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, cedera di kepala, mata dan perut.

Ketiga-tiga mendapat pujian apabila tidak melawan semula dan hanya bersabar ketika diserang lelaki tersebut. Disebabkan itu, ketiga-tiga anggota berkenaan telah menerima sijil kepujian. Ketua Pengarah RELA, Zulkifli Abidin berkata,

Bagi menghargai komitmen kepada tugas, mereka akan menerima sijil kepujian hari ini yang disampaikan oleh saya sendiri.”

Tumbuk 2
sumber: facebook

Menurut Zulkifli sikap sabar dan tidak mencetuskan tindak balas meskipun diugut serta dikasari wajar dipuji. Beliau turut berkata, sikap terpuji itu harus dijadikan teladan oleh anggota RELA yang lain di seluruh negara.

Sikap mereka juga telah membuktikan bahawa anggota RELA bertugas dengan mempraktikkan nilai-nilai murni dan mengelak konfrontasi dengan orang awam.

Tumbuk 4
sumber: malaysiakini

Sementara itu, Ketua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata pihaknya telah mengenal pasti suspek yang berusia 29 tahun itu serta telah memintanya menyerah diri untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Setiap orang harus bersikap profesional ketika bertugas tidak kira dalam bidang apa sekalipun. Contohi sikap terpuji mereka ini (y)

Baca: Netizen Jatuh Hati Dengan Sikap Baik Hati Pegawai Polis Ini, Susukan Bayi Suspek Dalam Perbicaraan

Ibu Polis Bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.