in

“Tidak niat saya menghina” – Doktor Nak Menangis Tengok Pesakit ‘Obes’ Sangat Sampai Tak Muat Katil

Collage 55

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia adalah salah satu negara dekat dunia yang mempunyai masalah obesiti terbesar. Walaupun dah banyak kesedaran yang diberikan, masih ramai lagi orang yang ambil ringan.


Baru-baru ini, seorang doktor telah kongsikan pengalamannya semasa dia on call pada 22 Julai lalu di Facebook.

Menurut doktor ini, beberapa hari lalu seorang pesakit telah masuk ke ICU dan pesakit ICU ini telah memecahkan rekod berat badan paling tinggi di hospital tersebut. Jom baca perkongsian doktor ni.

Terpaksa diangkat menggunakan karpet

Image 5
Gambar hiasan

“Sebelum ini saya ingatkan 220kg adalah rekod yang tertinggi, dan berdoa supaya rekod ini tidak dipecahkan.

“Jangkaan saya meleset.

“Umurnya masih muda remaja. Tetapi badannya amat besar sehinggakan apabila dia sakit pihak ambulans pun tidak dapat membantu membawanya ke hospital.

“Maka abang abang sado bomba dan penyelamat pergi ke rumahnya dan memecahkan pintu serta dinding.”

Dia kemudiannya diangkat menggunakan karpet oleh sepuluh orang abang bomba menaiki kenderaan khas ke hospital.”

“Mujurlah karpet itu tak koyak. Jika tidak, pasti dia tergolek ke atas lantai.”

“Saya rasa katil penimbang itu juga mahu menjerit”

61474466925 Freesize
Gambar hiasan

“Team kami seperti mahu menangis pertama kali kami melihat dia.

“Kerana kami tahu cabaran ini cabaran yang tidak pernah terjangkau dek akal.

“Besarnya dia sehingga katil ICU itu tidak boleh menampung sehingga tangannya perlu diletakkan di atas meja kecil di kiri dan kanan.

“309kg !!!

“Saya rasa katil penimbang itu juga mahu menjerit.

“Urat urat salur darah semuanya tidak nampak sehinggakan kami perlu menebuk salur darah di lehernya untuk memasukkan ubat. Itu pun sangat sangat sukar kerana lehernya sudah tiada. Dagunya mencecah dada.”

Untuk mengelap badannya dan memusingkan sahaja sekurang kurangnya sepuluh staf diperlukan.”

“Bagaimana harus jenazahnya diuruskan?”

Ff

“Saya terfikir, seandainya kami gagal membantu dia melawan penyakit dan segala komplikasi morbid obesiti ini dan akhirnya jantung dia terhenti, bagaimana harus saya CPR dia?

“Bagaimana harus jenazahnya diuruskan?

“Apakah perlu abang bomba dipanggil sekali lagi? Tidak mungkin, kerana abang bomba perlu mengutamakan yang bernyawa.”

Bagaimana nak diuruskan, dimandikan, dikafankan dan digali kuburnya yang besar? Bagaimana harus jenazah diturunkan ke liang lahad?”

“Bagaimana jika Allah tanya ‘Mengapakah kamu meletakkan diri kamu ke lembah kebinasaan?’

“Allahu Akhbar.

“Tak terjangkau di fikiran saya kesemua ini.”

“Tidak niat saya menghina yang besar”

Fs
Gambar hiasan

“Penat.

“Pulang dari on call pagi ini, saya terus menyarungkan kasut sukan dan pergi berlari. Walaupun minda saya letih setelah 24 jam tidak berehat dan badan saya lesu.

“Saya gagahkan diri. Hanya ini sahaja sedikit masa yang saya ada sebelum saya pergi mengambil anak anak sekejap lagi.

“Saya bukan pelari yang hebat. Boleh dikatakan saya lebih banyak berjalan dari berlari.

“Tapi saya harus paksa diri untuk aktif.  Saya tak boleh malas bergerak.

“Saya saksikan sendiri bagaimana kesan perbuatan tidak sihat yang dilakukan sehari hari membinasakan badan sendiri.

“Tidak niat saya untuk memalukan sesiapa.

“Tidak niat saya menghina yang besar.

“Tetapi tolonglah… Saya merayu. Untuk perawat seperti kami membantu, anda perlu membantu diri anda sendiri.

“Jangan letakkan diri anda ke lembah kebinasaan.”

Admin harap perkongsian dari doktor ni dapat bagi kesedaran untuk korang. Jaga diri, jaga pemakanan tau!

 

Baca: Satia Putra: Kisah Kanak-kanak Seberat 101KG, Marah Ibu Bapa Kalau Tak Bagi Makan 7 Kali Sehari

Satia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.