in

“Tidak mahu keruhkan keadaan” – ‘Diserang’ Puteri Balqis, Mia Sara Pilih Untuk Berdiam Diri

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Media sosial kembali hangat apabila pelakon Puteri Balqis tampil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap rakan selebriti, Mia Sara Nasuha, sekali gus mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Rentetan pendedahan itu, pihak pengurusan Mia Sara memaklumkan mereka memilih untuk tidak mengulas lanjut buat masa ini dan akan menunggu masa yang dirasakan paling sesuai sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, lapor Harian Metro.


Wakil daripada Xeno Entertainment menjelaskan, sebarang respons ketika ini dikhuatiri hanya akan mengeruhkan keadaan.

“Kami mengambil keputusan untuk tidak memberi sebarang komen dahulu. Kami sendiri tidak pasti sejauh mana isu ini akan berkembang dan berpendapat kenyataan awal tidak akan membantu keadaan.

“Sekiranya tiba masa yang tepat dan selepas sebarang tindakan diputuskan, barulah kami akan memberikan penjelasan,” katanya ringkas.

Mia Sara Nasuha
Mia sara nasuha

Artikel berkaitan: “Ayat lebih kepada tunggang isu” – Ibu Puteri Balqis ‘Sound’ Janna Nick, Dakwa Komen Threads Bersifat ‘Backhanded’

Artikel berkaitan: “Yang kaki club bukan mak aku, yang kaki botol bukan mak aku. Itu kau. 100% kau” – Puteri Balqis

Terdahulu, Puteri Balqis, atau mesra disapa Aqish, mengejutkan ramai apabila secara terbuka mendakwa Mia Sara pernah mengaibkan ibunya, Norashikin Abdul Aziz, serta keluarganya suatu ketika dahulu.

Menerusi hantaran di Instagram, pelakon berusia 19 tahun itu meluahkan rasa terkilan dan menyifatkan tindakan Mia Sara yang dilihat menangis di hadapan media baru-baru ini sebagai cubaan meraih simpati.

Aqish turut mendakwa Mia Sara pernah meninggalkan komen serta menyukai komen berunsur penghinaan terhadap dirinya dan ibunya di media sosial.

“Secara terbuka kau komen kata mak aku tak didik aku. Kau sebut mak aku. Kau ‘like’ komen yang menghina aku dan mak aku. Untuk apa semua itu?” tulisnya.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.