in

“Tidak halang untuk ke pejabat” – PDRM Benarkan Individu Pergi Bekerja, Hanya Perlu Tunjuk Kad Atau Surat Dari Syarikat

Aa 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan arahan untuk syarikat mengurangkan jumlah pekerja di pejabat berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pelbagai persoalan yang timbul sama ada pekerja akan diarah untuk berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya atau tidak.



Terbaru, pihak polis mengatakan tiada sebarang halangan untuk individu pergi ke tempat kerja selagi mereka menunjukkan kad kerja atau surat pengesahan majikan.

Menurut Sinar Harian, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, sekiranya pekerja menunjukkan kad kerja atau surat majikan, ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah.

A 5 9

 

“Seperti yang kita sedia tahu, arahan yang dikeluarkan kerajaan kepada pekerja awam dan swasta melibatkan bahagian pengurusan dan penyeliaan untuk bekerja dari rumah,”

“Bagi kita (polis), selagi mereka menunjukkan kad kerja dan surat, kita tidak ada masalah,”

Tambah beliau, setakat ini pihak mereka masih belum menerima sebarang aduan berkenaan pekerja di halang untuk ke tempat kerja ketika melalui sekatan jalan raya.

A2 2 3

 

Masih pantau pergerakan rentas negeri

Walau bagaimanapun, pihak polis masih memerhati sebarang cubaan rentas negeri tanpa surat kebenaran yang sah.

“Polis tidak membenarkan mereka yang cuba merentas negeri tanpa sebarang surat permohonan,”

“Kita hanya halang sekiranya ada individu itu cuba rentas negeri tanpa surat permohonan, itu tidak boleh.”

A1 3 8

 

Untuk rekod, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa pekerja sektor awam dan swasta bahagian pengurusan serta penyeliaan dalam zon merah di kawasan penguatkuasaan PKPB diarah bekerja di rumah berkuat kuasa semalam.

 

Baca: MITI Benarkan 10% Pekerja Di Pejabat Dari 10 Pagi Hingga 2 Petang Untuk Sektor Tertentu

A3 1 7

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.