Masjid Putra di Putrajaya adalah salah satu lokasi tarikan pelancong asing sama ada bagi yang beragama Islam atau bukan Islam.
Bagi pengunjung yang tidak menutup aurat dengan sempurna, mereka diberikan sehelai jubah sebelum masuk ke dalam kawasan masjid kerana perlu mengikut etika pemakaian yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan kelakuan seorang pelancong China yang kurang sopan ketika melakukan lawatan di masjid berkenaan.
Artikel berkaitan: Gara-gara Berambut Panjang Makcik Tiba-tiba ‘Sound’ Lelaki Ini Suruh Tutup Aurat Dalam Masjid
Artikel berkaitan: Pengawal Belajar 7 Bahasa Supaya Senang Nak Sembang Dengan Pelancong
Pelancong China tersebut dilihat telah membaling jubah ke arah pengawal keselamatan Masjid Putra di kawasan utama masjid dan kejadian itu turut disaksikan oleh pengunjung lain.
Situasi itu telah mencetuskan rasa kurang senang netizen yang kecewa terhadap tindakan biadab pelancong berkenaan.
Sikap sesetengah pelancong di Masjid Putra Putrajaya. Katanya yang last sekali tu berak dalam masjid 😅 pic.twitter.com/LxGK3UZk2y
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) November 4, 2024
JAKIM siasat isu pelancong China baling jubah
Susulan video tular itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu kenyataan rasmi menyatakan bahawa pihaknya mengambil perhatian serius terhadap insiden tersebut.
Menurut kenyataan tersebut, tindakan yang ditunjukkan oleh pelancong tersebut adalah tidak dapat diterima sama sekali, kerana ia melibatkan pelanggaran terhadap adab dan peraturan yang perlu dihormati oleh semua pihak ketika berada di tempat ibadah.
“Pelancong China tersebut dilihat telah membaling jubah ke arah Pengawal Keselamatan Masjid Putra dan beberapa kon telah dilanggar atau disepak.
Pihak pengurusan masjid telah melakukan siasatan terhadap kes tersebut dan tindakan susulan akan diambil berdasarkan lunas undang-undang dan peraturan berkaitan,” tulis kenyataan itu.
Dalam pada itu, walaupun pihak masjid mengalu-alukan kedatangan pelancong, tetapi setiap pengunjung perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Pada masa yang sama, mereka juga tidak akan berkompromi dengan perbuatan tidak beradab yang boleh mencemarkan kesucian rumah Allah.
Sumber: Facebook