in

“Tiba-tiba pandai”- Ini 5 Kisah Individu Jadi ‘Genius’ Lepas Alami Kemalangan

Jjj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang percaya tak apa yang berlaku dalam hidup kita ini sememangnya ada hikmah disebaliknya? Tak kisah la benda tu benda baik ke buruk ke, percayalah Tuhan sudah mengaturkan perancangan yang terbaik untuk kehidupan kita.


Dalam cerita Spiderman yang menjadi kegemaran ramai , watak utama dalam filem tersebut yang dikenali sebagai Peter Parker telah mendapat ‘kuasa ajaib’ selepas digigit oleh seekor labah-labah. Tapi kisah ini hanya cerita dogeng dalam wayang sahaja.

Tapi, 5 kisah dari individu yang berbeza ini korang boleh percaya sebab dah terjadi dekat diorang tau!

 

Derek Amato

Tdy 120607 Piano Dude 02.Social Share 1024X768 Scale

Individu berasal dari Colorado, Amerika Syarikat ini alami kemalangan waktu terjun ke dalam kolam renang pada 2016. Dia mengalami kecederaan di kepala dan waktu sedarkan diri dekat hospital, lelaki ini berada dalam ketakutan dan bercelaru.

Kesan kemalangan itu menyebabkan Derek mengalami masalah pendengaran, masalah ingatan dan sakit kepala yang kronik sampai hari ini. Tapi, yang peliknya, Derek merasakan kemalangan yang berlaku pada dirinya ini adalah perkara yang terbaik dalam hidupnya.

Biar betul lelaki ni? Dah accident teruk boleh pula dia rasa macam tu.

Sebenarnya, lepas kemalangan yang terjadi itu, Derek tiba-tiba jadi genius dalam bidang muzik .

Derek Amato 5 Kes Individu Menjadi Genius Disebabkan Kerosakan Otak

Lepas beberapa hari selepas kemalangan, lelaki ini mula nampak bentuk-bentuk bewarna putih dan hitam yang bergerak ketika dia memejamkan mata. Bukan itu sahaja, dia juga tiba-tiba diberi kebolehan untuk bermain piano dan menguasai nota-nota muzik yang rumit yang sepatutnya mengambil masa bertahun-tahun untuk dikuasai oleh ahli muzik.

 

Jason Padgett

Jason Padgett

Pada tahun 2002, lelaki ini yang ketika itu bekerja sebagai seorang jurujual telah diserang oleh dua orang perompak di sebuah bar dan kepalanya ditendang beberapa kali ketika dia terjatuh ke tanah selepas dipukul oleh mereka.

Kesan daripada dipukul dan ditendang itu, Jason mengalami gegaran otak yang sangat teruk sampai penglihatannya terjejas dan dia tak dapat nak habiskan zaman persekolahnnya.

Tapi, apa yang ajaibnya adalah selepas dari insiden yang berlaku kepada dirinya itu, dia tiba-tiba genius dalam matematik. Apabila dikaji otaknya oleh para saintis, memang menakjubkan.

“Otaknya mampu menukarkan nombor-nombor yang dilihat kepada bentuk gambar.”

Sejak diberi kelebihan itu, Jason terus sambung belajar di kolej untuk dia mengetahui dengan lebih lanjut tentang keadaan dirinya yang dianggap satu dalam seribu itu.

 

Jon Sarkin

5E0Eb548905C8.Image

Kejadian yang menimpa lelaki ini pada tahun 1988 terjadi waktu dia tengah main golf dan secara tiba-tiba dia mengalami pendarahan otak yang teruk sampai doktor terpaksa buang sebahagian daripada otaknya.

Disebabkan itu, kerjayanya yang dulu merupakan seorang tukang urut terjejas dan kini bertukar menjadi seorang pelukis sepenuh masa yang mana lukisannya dipaparkan di galeri seluruh dunia. Memang amazing!

 

Franco Magnani

Download 3

Imigran Itali yang tinggal di San Francisco ini pula tiba-tiba mengalami demam yang memaksa dia terbaring dan bercelaru. Waktu dia alami penyakit pelik itu, dia ada termimpi satu waktu zaman kecilnya. Bila bangun dari mimpi itu, dia tiba-tiba boleh melukis apa yang dimimpinya secara terperinci.

18Acd6A53458167A344C7C81409Bccde

Rupa-rupanya, kerosakan pada otaknya yang disebabkan demam teruk itu telah membentuk epilepsi yang mampu aktifkan sesuatu dalam otaknya yang membolehkan dia ingat semua benda waktu dia kecil.

 

Jim Carollo

Jim Carollo The Genius

Kisah lelaki ini pula bermula apabila dia mengalami kemalangan kereta yang menyebabkan dia koma dan doktor yang merawatnya Jim itu menganggarkan dia cuma boleh hidup untuk 5 minggu sahaja sebab kecederaan pada otaknya terlampau teruk.

Apa yang ajaibnya, 6 minggu selepas dia koma, dia boleh kembali ke sekolah macam biasa. Semua doktor terkejut masa itu sebab tak sangka keaadan otak Jim masih mampu bertahan.

Sebelum kemalangan, Jim tak minat langsung matematik namun kini matematik itu dianggap subjek mudah baginya. Tak study pun boleh dapat markah matematik tertinggi dalam kelas. Bukan itu sahaja, dia siap boleh ingat 200 nombor pi dalam masa beberapa hari dengan hanya melihat!

Walaupun sekarang Jim dah berusia 39 tahun, tapi dia masih ingat nombor-nombor tersebut.

Memang salute la dekat Jim ni!

Bak kata orang, apa yang terjadi mesti ada hikmah disebaliknya. Korang lepasni percaya lah apa yang terjadi tu mesti ada sesuatu yang Tuhan nak kasi pengajaran dekat kita. 

 

Sumber: Iluminasi

Baca:“Baru 9 tahun dah banggakan Malaysia” – Si Genius Cilik Menang Pertandingan Cipta Tandas Untuk Angkasawan Anjuran NASA

Capture 12

Sumber: TODAY
Sumber: Iluminasi
Sumber: Iluminasi
Sumber: Salem News
Sumber: Facebook
Sumber: Pinterest
Sumber: Iluminasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.