in

“Tiba-tiba je meletup” – Mayat Ditemui Dengan Kesan Terbakar Di Muka Rupanya Sebab…

Feature Iamge Tangki Meletup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni ada kisah mengenai kes tangki septik yang tiba-tiba sahaja meletup ketika seorang lelaki yang sedang menggunakan tandas sambil menghisap rokok di Indonesia.


Terbaru, kejadian yang lebih kurang sama telah berlaku dimana tangki septik yang tiba-tiba sahaja meletup di Jatinegara, Kecamatan Cakung, Jakarta Timur.

Menurut portal tempatan Kompas Tv, kejadian ini berlaku pada waktu siang serta mengorbankan seorang lelaki yang pada ketika itu sedang bersama rakannya di tempat tersebut.

Mangsa yang berusia 44 tahun itu meninggal ditempat kejadian dan terdapat kesan terbakar dibahagian wajahnya.

Tujuan kedua-dua mangsa untuk berada di tempat kejadian adalah kerana mereka sedang bekerja membersihkan tangki septik.

Polis mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku setelah mereka selesai melakukan proses pembersihan di salah sebuah rumah di Jatinegara, Cakung.

 

3 3
Sumber: poskotanews

Pihak polis juga mengatakan bahawa sebelum kejadian ini berlaku, mangsa telah membakar cebisan kertas dan kemudiannya memasukkan ke dalam lubang tangki septik bagi meyakinkan tuan rumah bahawa proses pembersihan telah siap.

Namun selang beberapa minit, tiba-tiba tangki septik itu meletup dan menyebabkan ia menghempap salah seorang mangsa dan menyebabkannya meninggal di tempat kejadian dengan keadaan wajahnya yang terbakar.

“Selepas tangki itu meletup, pekerja itu terjatuh kedalam tangki septik dengan keadaan mukanya yang terbakar”

“Kejadian ini diyakini berpunca daripada gas metana yang terkumpul di dalam tangki itu” kata polis.

Namun kejadian ini masih lagi dalam siasatan polis .

Hmm, tangki septik ni pun bahaya tau, sebab dalam tu ada gas. Jangan nak nyalakan api dekat kawasan berdekatan ye.

 

Baca: Tahi Tersembur Satu Rumah Lepas Tangki Septik Meletup Gara-gara Lelaki Ni Hisap Rokok Dalam Toilet?!

Merokok Dalam Tandas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.