in

“Tiba-tiba dapat DM” – Lelaki Dapat Tahu Kematian Isteri Dari Instagram, Ada Orang Tak Dikenali Hantar Gambar Kemalangan

Ft Isteri Maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menyangka isterinya sudah sampai di pejabat namun seorang lelaki dikejutkan dengan berita kematian ibu kepada dua anaknya itu melalui Instagram.


Menurut Tribun, Rahmat Hidayatullah menerima mesej melalui DM di Instagram daripada seorang individu tidak dikenali yang menghantar gambar kemalangan dan bertanya sama ada mayat di dalam foto tersebut adalah isterinya, Pingkan Lumintang, 30 tahun.

Saya sendiri mendapat berita daripada seseorang melalui media sosial memberitahu kemalangan di Pasar Minggu. Dia bertanyakan adakah benar gambar ini adalah isterinya, saya jawab memang isteri saya.”

Pinkan2

Pinkan4

Selepas menerima mesej itu, Rahmat terus hubungi pejabat isterinya dan dimaklumkan bahawa dia yang sepatutnya mula kerja pada jam 12 tengah hari itu, masih belum sampai.

Dia kemudian bergegas ke Rumah Sakit Fatmawati untuk mencari isterinya dan di situlah pihak polis bertemu dengan Rahmat untuk menyerahkan barangan kepunyaan isterinya.

Sampai di sana, saya bertemu dengan dua anggota polis yang membawa barang isteri saya.”

Rahmat kemudian diminta untuk ke balai polis bagi bertanya tentang maklumat lanjut kemalangan menimpa isterinya itu. Pinkan terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Ragunan, Pasar Minggu, Jakarta Selatan pada Jumaat lepas, 25 Disember dan disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan patah kaki kanan.

Pinkan7

Pinkan3

Pasangan itu telah berkahwin selama 6 tahun dan Rahmat akui sedih membayangkan dua anak mereka yang masih kecil berusia 6 tahun dan 2 tahun. Menurut Rahmat, selain bekerja untuk membantunya, Pinkan juga turut menanggung orang tuanya.

Tentu sangat sedih kerana isteri saya meninggalkan dua anak yang masih kecil. Mereka masih memerlukan seorang ibu. Bukan hanya bantu rumah tangga saya, dia juga membantu kelangsungan hidup ibunya.”

Kali terakhir Rahmat bersua dengan isterinya adalah pagi sebelum kejadian pada jam 10.30 pagi (waktu tempatan) sebelum dia keluar untuk pergi kerja. Jenazah Pinkan dikebumikan pada waktu malan, pada hari yang sama.

Pinkan5

Pinkan1

Siasatan lanjut tentang kemalangan itu sedang dijalankan pihak polis. Menurut laporan, kemalangan itu disebabkan oleh sebuah kereta Hyundai yang melanggar Toyota Innova dipandu oleh seorang anggota polis.

Akibat pelanggaran itu, anggota polis berkenaan terbabas dan melanggar tiga penunggang motosikal termasuk isteri Rahmat. Seorang penunggang motor dilaporkan cedera parah manakala seorang lagi hanya mengalami kecederaan ringan.

Baca: “Kanda, Allah mengangkat darjat orang yang ikhlas” – Lelaki Indonesia Cerita Detik-detik Akhir Isteri Meninggal Dunia Kerana COVID 19

Isteri Mu

Sumber: Tribun
Sumber: Harian Aceh
Sumber: gridhot.id
Sumber: KOMPAS
Sumber: Facebook
Sumber: Tribun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.