Restoran Rembayung oleh Khairul Aming bakal membuka tirainya kepada pelanggan beberapa hari lagi iaitu pada 6 Januari 2026.
Menurut perkongsian terbaru daripada usahawan itu, restoran berkenaan mempunyai berpuluh jenis juadah kampung dan minuman.
Untuk pengetahuan semua, di restoran Rembayung tiada bilik VIP atau VIP room disediakan kerana semua pelanggan dijemput untuk menjamu selera secara beramai-ramai.

Artikel Berkaitan: “Saya pakai 4×4” – Khairul Aming Dedah Tidak Lagi Pakai Kereta Bezza
Artikel berkaitan: “Duit takkan pernah cukup” – Ini Respon Khairul Aming Bila Disoal Kenapa Tak ‘Upgrade’ Gaya Hidup
Menurut Khairul Aming lagi, rasa setiap menu di restoran tersebut juga akan mengingatkan semua kepada kampung halaman.
Juadah yang sesuai untuk kanak-kanak juga ada disediakan di restoran ini.

Jangan lupa bahawa restoran Rembayung setakat ini hanya menerima tempahan (reservation) sahaja, jadi difahamkan anda tidak boleh datang untuk makan di sini secara walk-in.
Sumber: Instagram Khairul Aming
