in

“Tiada pun yang lompat” – DS Shahidan Kassim Tepis Dakwaan Anwar

Cats 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan kenyataan DS Anwar Ibrahim dalam sidang media tergempar tengah hari tadi, Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim tampil beri keterangan.


Tegasnya, tiada seorang pun daripada Ahli Parlimen terbabit memaklumkan ingin lompat parti. Lapor Berita Harian.

Katanya lagi, tindakan presiden PKR itu adalah gimik politik untuk mengganggu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Ia tidak ubah momokan dalam mempengaruhi rakyat Sabah untuk sokong WARISAN.

”Macam mana dia boleh buat dakwaan itu, sedangkan kami (PNBBC) terdiri daripada 23 Ahli Parlimen UMNO; PAS (10); Gabungan Parti Sarawak (GPS) (10) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) (tujuh) SERTA tiada pun yang lompat,”

Shahidan juga menegaskan bahawa dakwaan Anwar itu sebagai dogeng rakyat. Malah, beliau juga menyifatkan bahawa ia juga terang-terang nak hanggu PRN Sabah.

 

Baca : YDP Agong Gering, Majlis Mengadap Anwar Ibrahim Ditangguh – Istana Negara

Agong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.