Baru-baru ini heboh di media sosial apabila terdapat desas-desus yang mengatakan Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan dibuka kepada bukan Bumiputera.
Perkara itu menimbulkan kekecohan sehingga terdapat bantahan daripada pelajar UiTM dengan #MahsiswaUiTMBantah.
Artikel berkaitan: Alicia Amin Sokong Pendirian Bapa, Buka UiTM ‘Sementara’ Untuk Bukan Bumiputera
Artikel berkaitan: Naib Canselor UiTM Tegur Trend Graduan ‘Beraksi’ Dengan Jubah Konvo Untuk Content
Pun begitu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut dan mengesahkan bahawa tiada langsung perbincangan untuk membuka UiTM kepada golongan bukan Bumiputera baik dalam peringkat kementerian atau kabinet.
𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐌𝐈𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀
Kenyataan media isu ini tidak pernah dibincang di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau peringkat Kabinet. KPT berpegang teguh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. pic.twitter.com/mezlYcqBAz— Zambry Abd Kadir (@ZambryOfficial) May 15, 2024
“Seperti kenyataan saya pada 2 Mei yang lalu, KPT sememangnya tidak pernah membincang atau membenarkan UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera sepertimana yang telah dimainkan pada hari ini.
Isu ini ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM sekaligus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak,” tulisnya.
Menterinya, Datuk Zambry Abd Kadir dalam kenyataan itu berkata pihak KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 di mana UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Sumber: X