in

“Tiada penghayatan agama?” – Netizen Berang Buku Teks Sekolah Label Pemain ‘Skateboard’ Tak Bermoral

Untitled Design 2022 04 28T112519.385

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sukan ekstrem papan selaju atau lebih dikenali sebagai skateboard bukanlah sebuah aktiviti sukan yang baru, ia menarik ramai peminat terutama sekali remaja sejak awal 90’an lagi.

Malah, skateboarding juga telah menjadi salah satu acara dalam sukan Olimpik, ia mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Tokyo tahun lepas.


Komuniti sukan lasak ini di Malaysia agak luas dan ramai yang merasakan ia adalah sebuah aktiviti riadah yang baik. Malah, ramai juga ibu bapa yang memilih untuk menggalakkan anak-anak mereka menceburi sukan tersebut.

Bagaimanapun, masih ada lagi yang memandang serong terhadap sukan skateboard ini dan lebih menyedihkan lagi sukan lasak ini dijadikan contoh ‘tidak bermoral’ dalam sebuah buku teks tingkatan dua.

https://www.instagram.com/p/CcuMTtIhW4s/?utm_source=ig_web_copy_link

Perkara itu dikongsikan dalam Instagram komuniti skateboard Malaysia @sk8msia, rajah itu menunjukkan beberapa orang pelajar sedang memegang papan selaju dan ia menjadi salah sebuah contoh mereka yang ‘tiada penghayatan agama atau kepercayaan dalam hidup’.

“Apa motif penerbit buku teks ini sebenarnya? Apa salah bermain aktiviti skateboard? Sedarkah mereka skateboard juga telah dipertandingakan di @asiangames 2018 di Palembang, @seagames2o19 2019 di Filipina dan terkini @tokyo2020 sebagai salah satu kategori sukan?” 

Difahamkan, gambar rajah tersebut dijadikan contoh dalam buku teks subjek Pendidikan Moral untuk pelajar tingkatan dua, posting itu sememangnya mengundang kemarahan ramai kerana ia seakan mendidik masyarakat untuk memandang negatif terhadap sukan tersebut.

“Ini satu fitnah kepada kami semua”

Admin laman Instagram tersebut juga memohon agar pihak atasan membantu menyelesaikan masalah tersebut.

“Kami mohon YB Menteri Belia dan Sukan @faizalazumu @kbsmalaysia dapat bantu menyelesaikan isu ini. Kami bagi pihak komuniti skateboard di Malaysia tidak berpuas hati dan berharap semua buku teks tersebut dilupuskan dan di edit / cetak semula. Ini satu fitnah kepada kami semua.”

Harap selesai cepat perkara ini, skateboard dah jadi sukan yang besar ya sekarang…

Baca: Bakal Pasang ‘Locker’ Di Sekolah, KPM Umum 7 Inisiatif Kurangkan Masalah Beg Berat Murid

Untitled Design 2022 04 28T112104.998

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.