in

Peserta Demonstrasi ‘Keluar dan #Lawan’ Berkumpul Di LRT Masjid Jamek

Cats 45

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekumpulan individu yang memakai baju hitam dilihat berkumpul di sekitar Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek sejak jam 10 pagi tadi untuk demonstrasi ‘Keluar dan #Lawan’.



Difahamkan, demonstrasi ini bermula dari LRT Majid Jamek ke persimpangan Dataran Merdeka. Meninjau di media sosial, tanda pagar #Lawan kini trending dan mencecah 187,000 jumlah ciapan.

Pihak polis turut dilihat membuat kawalan keselamatan di sekitar kawasan demonstrasi, selain menutup beberapa jalan menuju ke Dataran Merdeka.

Menurut sumber, demonstrasi ini turut disertai oleh 50 peguam yang bersedia untuk memberikan bantuan undang-undang kepada mana-mana peserta yang didakwa pihak berkuasa.

Berlaku kekecohan

Difahamkan, berlaku kekecohan di lokasi demonstrasi apabila beberapa individu bertindak keluar barisan ketika berarak dan melaungkan slogan ‘hidup rakyat’.

Tindakan sekumpulan individu kecil ini menyebabkan perarakan terhenti seketika apabila pihak polis menegur agar peserta menjaga penjarakan sosial.

Bagaimanapun, peserta demonstrasi telah bersurai sekitar jam 1 petang. Menurut pihak penganjur, demonstrasi secara aman ini telah disertai lebih 1,000 individu yang membantah kerajaan Pakatan Harapan.

Kredit: Metro

BACA: [VIDEO] Viral Ajak Orang Ramai Berkumpul Tanda Protes Pada Kerajaan, Polis Bakal Ambil Tindakan Tegas

Capture 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.