in

Tiada Lagi Monopoli PUSPAKOM Selepas 31 Ogos 2024

Puspakom Monopoli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika sebelum ini kerajaan telah memecahkan monopoli Touch ‘n Go, kini giliran PUSPAKOM pula apabila tidak lagi diberikan secara eksklusif sebagai perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor berkuat kuasa 1 September 2024.


Menurut kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dibuka kepada pihak berkelayakan dan memenuhi syarat ditetapkan selepas konsesi semasa PUSPAKOM tamat pada 31 Ogos 2024.

Proses pelawaan kepada mana-mana pihak yang berminat dijangka bermula selewat-lewatnya dalam suku pertama tahun 2024. Jelasnya, perkara itu telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 17 Mac lalu, lapor Berita Harian.

337682357 600715548306465 1777538295891794990 N

Kementerian Pengangkutan Malaysia bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membangunkan syarat kelayakan, peraturan pengoperasian, skop perkhidmatan, penetapan lokasi pemeriksaan dan garis panduan bagi pihak lain yang berminat menyediakan perkhidmatan pemeriksaan itu.

“Mereka juga hanya boleh mengenakan kadar fi pemeriksaan yang ditetapkan dan tidak dibenarkan sama sekali menawarkan perkhidmatan pembaikan atau ubah suai kenderaan serta penjualan alat ganti,” katanya.

Sementara itu, kerajaan juga bersetuju melanjutkan perjanjian konsesi PUSPAKOM selama 15 tahun lagi berkuatkuasa 1 September 2024 dengan penambahbaikan terma-terma perjanjian sedia ada.

Untuk info, PUSPAKOM merupakan satu-satunya syarikat pemeriksaan kenderaan di Malaysia yang dilantik oleh kerajaan sejak tahun 1994 untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori bagi kenderaan komersil dan persendirian.

 

Baca: EKSKLUSIF: Kerajaan Nak Kurangkan Monopoli Touch N Go, Apa Kata Netizen?
Feat

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.