in

Selepas Touch ‘n Go, Anwar Minta Semua Kementerian Kaji Syarikat Monopoli

Cats 55

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, Anwar berkata pihak kerajaan akan mengkaji semula monopoli yang dipegang oleh Touch ‘n Go (TnG) sejak tahun 1997. Kenyataan ini ternyata diterima baik oleh ramai rakyat Malaysia yang sudah lama mempersoalkan kualiti servis yang diberikan oleh TnG.


Terbaharu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya sudah meminta semua kementerian untuk mengkaji syarikat monopoli sedia ada di bawah bidang kuasa mereka. Ini sebagai usaha untuk menyediakan medan yang lebih berdaya saing antara mereka.

“Ini memerlukan kita membuat beberapa penyelarasan dan peralihan daripada sistem yang saya anggap sebagai huru-hara, usang hanya kerana kepentingan peribadi.

“Apakah rasional di sebalik keputusan untuk memberikan monopoli? Semua kementerian diminta membuat semakan, bagi memastikan orang ramai diberi perkhidmatan yang lebih baik dengan harga yang lebih kompetitif.” ujar beliau dalam satu kenyataan.

1994078

Kenyataan tersebut dikeluarkan Anwar selepas ditanya mengenai tindakan kerajaan yang mahu menamatkan monopoli syarikat tunggal yang dilantik oleh kerajaan dalam pemeriksaan ke atas kenderaan iaitu Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Selain itu, Anwar juga berkata kerajaan tidak akan melepaskan tanggungjawab dalam membantu syarikat Bumiputera. Jelas beliau, inisiatif tersebut bukan sahaja perlu telus dan adil, malah membolehkan persaingan yang baik dalam kalangan syarikat Bumiputera.

Satu tindakan yang bagus oleh kerajaan!

Kredit: Harian Metro

BACA: Lebih 2 Dekad Beroperasi Tapi Tiada Kemajuan, PMX Pertimbang Isu Monopoli Touch ‘n GO

Capture 13

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.