in

Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan Ketika Gempa Bumi Lemah Di Bukit Kepong

Bukit Kepong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.4 dikesan berlaku di Bukit Kepong, Muar, Johor kira-kira jam 8.55 pagi tadi, lapor Berita RTM.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan susulan kejadian berkenaan.


Beliau turut memaklumkan tiada kerosakan harta benda dilaporkan berlaku.

11 1

Artikel Berkaitan: “Bangunan bergoyang” – Pelancong Malaysia Kongsi Saat Cemas Gempa Bumi Di Jepun

Artikel berkaitan: Ambil Perhatian! Ini 14 Kawasan ‘Hotspot’ Gempa Bumi Di Malaysia

Tiada sebarang ancaman ancaman tsunami kepada negeri Johor dan setakat ni, keadaan adalah terkawal,” 

Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa agar rakyat khusunya penduduk Johor sentiasa mendapat maklumat yang tepat dan sahih.

Sebagai langkah berjaga-jaga, penduduk di Johor dinasihatkan agar kekal bertenang, menjauhi struktur yang tidak kukuh serta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diperlukan.

Sumber: Berita RTM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.