Macam yang korang tahu, trend jual beli secara cedok ini telah viral di TikTok sehinggakan baru-baru ini telah keluar nasihat dari agamawan yang mengatakan ianya haram kerana mempunyai unsur gharar.
Namun begitu bagi usahawan kosmetik Datuk Seri Vida yang turut mengikuti trend terbaru ini, jual beli cedok yang dibuatnya itu adalah patuh syariah. Eh ada ke?
Memetik laporan dari mStar, Vida menjelaskan berbanding peniaga lain, jual beli cedok yang dibuatkan itu tidak menimbulkan keraguan kerana ia memberikan keuntungan kepada pelanggannya.
@
Pada saya cedok-cedok ni yang kata gharar tu, pada saya punya sahajalah kalau pelanggan beli, tidak akan merugikan dia.
“Pelanggan saya takkan rugi melainkan akan untung sebab saya beri barang yang nilainya lebih dari apa yang dibayar dan lebih daripada apa yang saya promokan.
“Maksudnya dalam mencedok tu saya bagi lebih dan kalau saya offer di platform lain tak sama dan siapa yang selalu tengok live saya itu adalah giveaway saya kepada peminat sayalah.”
Bukan itu sahaja, Vida turut mengatakan yang dia juga turut memasukkan unsur akad dalam jual beli cedoknya di mana persetujuan telah pun dinyatakan oleh kedua belah pihak.
Pada saya niat dan saya akad, okay apa yang bagi ni setuju tak… dan saya bagi tu lebih daripada harga sebenar dan tiada istilah haram pada saya kerana bagi saya ia cedok yang patuh syariah.”
Hm, betul ke kalau macam ni tak salah? Takut pulak min nak komen lebih-lebih. Mungkin ada orang yang lebih berilmu boleh tolong terangkan?
Baca:“Ada unsur gharar” – Penjelasan Secara Terperinci Kenapa Kedah Jual Secara Cedok Di TikTok Haram