Setelah membuat pengakuan mengenai percintaan mereka pada Februari lepas, kisah hubungan antara Shila Amzah dan Ubai kembali menjadi perhatian para peminat.
Terbaru, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Patah Seribu ini ada membuatkan satu perkongsian yang menjadi tanda tanya ramai.
“Thank you for the wonderful 5 months”
Dalam ucapan yang dimuat naik oleh Shila Amzah menerusi Instagram miliknya, penyanyi ini mengucapkan terima kasih kepada Ubai atau Ubaidillah, untuk memori indah sepanjang 5 bulan mereka bersama dan menjelaskan bahawa Ubai adalah pasangan yang baik dan boleh menjaga anak Shila iaitu Seth dengan baik.
“I ucapkan semoga awak baik-baik sahaja, saya doakan awak dimurahkan rezeki, dan semoga awak dapat segala apa yang awak hajati, terima kasih untuk segalanya, saya akan ingat memori ini sampai bila-bila.”
Disebabkan itu, ramai netizen tertanya-tanya sama ada hubungan mereka sudah berakhir ataupun posting itu hanya sekadar tanda penghargaan menegenai percintaaan mereka, ada juga netizen yang hidu seolah-olah mereka bakal ke jinjang pelamin.
Bagaimanpun, menerusi ig story Ubai, dilihat seperti dia ada memberikan respon daripada kenyataan Shila.
Sebelum ini Harian Metro melaporkan bahawa pasangan ini telah membuat pengakuan bahawa mereka kini sedang dilamun cinta setelah timbul spekulasi antara mereka di media sosial. Jelas Shila, hubungan mereka ini direstui oleh ahli keluarga mereka sendiri.
Baca : Selalu Kena Tanya Masa TikTok ‘Live’ Ubai Nafi Tuduhan Duduk Serumah Dengan Shila