in

“Tetap bukan tempatnya” – Perancang Kewangan Shariah Tak Galakkan Guna Dividen ASB Untuk Melabur Di Takaful Sebab…

Takaful

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jumlah dividen bagi  Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 4.25 sen seunit dan juga pengagihan ehsan 0.75 sen seunit bagi 30,000 unit pertama untuk tahun 2020, lapor Berita Harian.


Mungin ramai yang dah merancang untuk ‘kembangkan’ lagi wang simpanan mereka dengan membuat pelaburan.

Bagaimanapun, jika anda merancang untuk gunakan wang tersebut untuk melabur di takaful, Perancang Kewangan Shariah Siraj Fahmi tak galakkan sebab…

 

Manfaat perlindungan tak seberapa, return pelaburan pun ciput. Bayar pulak mahal. Kan ke rugi gitu?”

Katanya, tidak dinafikan takaful memang ada unsur pelaburan, tapi itu lebih kepada untuk pastikan kelangsungan polisi, tak nak bagi lapse sebab kenaikan kos medical dan sebagainya. Namun ia bukan  untuk pure investment purpose.

Dimana duit yang kita bayar itu bukan 100% digunakan untuk pelaburan. Kenyataan ini telah diberikan sendiri oleh Bank Negara.

Invest

Bnm

Untuk meyakinkan pemegang Siraj Fahmi ada tunjukkkan contoh kiraan supaya pemegang ASB faham.

 

At best, boleh dapat 4.75% je. Takdelah jauh sangat dari ASB.”

Untaian yang dibuat menerusi akaun Twitter yang meraih 2.4K perkongsian sejak ia dimuat naik semalam ini bertujuan untuk menasihatkan orang ramai bahawa takaful ini bukan cara terbaik jika pemegang ASB mahu melabur.

Malah, ia bagi menepis strategi pemasaran yang dilakukan oleh ramai ejen sehinggakan timbul kekeliruan (misleading).

“Contohnya simpan 200 sebulan untuk dapat aset RM1juta. Tapi sejuta tu tak cakap pulak dapat bila dah mati nanti.” Katanya kepada Team Lobak Merah.

Siraj juga anggap teknik pemasaran sebegitu tidak ada etika. Bagaimanapun, tujuan dia membuat perkongsian ini bukan lah nak condemn mana-mana produk takaful.

Dia hanya memberi nasihat memandangkan dirinya juga berkecimpung dalam bidang kewangan ini termasuklah takaful.

 

Baca : HANGUS! Semua Simpanan Tabung Haji, ASB, Pusaka Seorang Pesara Bernilai RM1.84 Juta Lesap Akibat Macau Scam

Scam

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.